TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Akhirnya yang tarikh bayaran fasa dua (2) dinantikan oleh rakyat dewasa Malaysia terutamanya golongan yang telah mendaftar dan tersenarai dalam pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telahpun diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF).
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2? Semak maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR FASA 2 SECARA ONLINE : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN
Secara rasminya tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) telah diumumkan oleh Kerajaan / Kementerian Kewangan (MOF) dalam Siaran Media yang menyatakan bahawa bayaran adalah sebelum sambutan perayaan Aidilfitri seperti berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Dikreditkan ke dalam akaun bank | 24 Mac 2025 (Isnin) sehingga 27 Mac 2025 (Khamis) |
Pembayaran secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
AMAUN BAYARAN STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN
Bukan sahaja tarikh yang diumumkan, malah amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) juga telah diumumkan bagi setiap kategori kelayakan penerima seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Berkahwin (ada / tiada anak) atau Isi Rumah Tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAH | AMAUN BAYARAN STR FASA 2 2025 |
---|---|
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah | Tiada anak : RM150 1 hingga 2 anak : RM300 3 hingga 4 anak : RM500 5 anak & ke atas : RM650 |
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM100 1 hingga 2 anak : RM200 3 hingga 4 anak : RM250 5 anak & ke atas : RM300 |
- KATEGORI BUJANG :
- Belum Berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak).
KELAYAKAN BUJANG | AMAUN BAYARAN STR FASA 2 2025 |
---|---|
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) | RM150 |
JUMLAH PENERIMA STR FASA 2 2025
Terdapat pertambahan jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak menerima bayaran Fasa dua (2) berbanding bayaran Fasa satu (1) yang melibatkan golongan isi rumah, warga emas dan bujang, iaitu seramai :
FASA BAYARAN STR | JUMLAH PENERIMA YANG LAYAK |
---|---|
Pertama (1) | 8.3 juta penerima |
Kedua (2) | 8.5 juta penerima |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYAR STR FASA 2 2025
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :