CARA CHECK STATUS EKASIH : YANG LAYAK AKAN DIBAYAR RM200 DALAM MYKAD
Individu yang merupakan rakyat dewasa Malaysia sama ada Ketua Isi Rumah atau Ahli Isi Rumah yang mendaftar dalam sistem E-Kasih dan disahkan layak akan secara automatik layak menerima bayaran sebanyak RM200 sebulan dalam MyKad.
Bagaimanakah cara check status E-Kasih? Ikuti panduan lengkap dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR BUJANG FASA 3 2026
CARA TERIMA BAYARAN EKASIH RM200
Berikut merupakan cara-cara terima bayaran Bantuan E-Kasih sebanyak RM200 dalam MyKad :
- Individu mendaftar E-Kasih dan kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Setelah pendaftaran dan permohonan diproses dan disahkan ‘Lulus’ dan ‘Layak’.
- Akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) penerima dalam sistem.
- Elaun bantuan akan dikreditkan dalam Kad Pengenalan (MyKad) peenrima.
- Penerima boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas di premis yang mempunyai infrastruktur bayaran guna Kad Pengenalan (MyKad).
SYARAT STATUS LAYAK EKASIH RM200
Berikut merupakan syarat-syarat untuk status layak terima Bantuan E-Kasih bayaran RM200 setiap bulan dalam MyKad :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR);
- Berpasangan (ada / tiada anak); atau
- Balu / Bercerai (ada anak masih tanggungan).
- Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.
*Catatan :
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem E-Kasih.
JADUAL BAYARAN EKASIH RM200 DALAM MYKAD
Kesemua penerima yang layak akan terima bayaran bantuan sebanyak RM200 dalam MyKad pada setiap bulan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 9 Januari 2026, Jumaat | RM200 |
| 1 Februari 2026, Ahad | RM200 |
| 1 Mac 2026, Ahad | RM200 |
| 1 April 2026, Rabu | RM200 |
| 1 Mei 2026, Jumaat | RM200 |
| 1 Jun 2026, Isnin | RM200 |
| 1 Julai 2026, Rabu | RM200 |
| 1 Ogos 2026, Sabtu | RM200 |
| 1 September 2026, Selasa | RM200 |
| 1 Oktober 2026, Khamis | RM200 |
| 1 November 2026, Ahad | RM200 |
| 1 Disember 2026, Selasa | RM200 |
CARA CHECK STATUS EKASIH
Bagi individu yang telah mendaftar E-Kasih boleh mengetahui status pendaftaran secara online dengan mudah di Portal Rasmi E-Kasih seperti panduan di bawah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi E-Kasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
- Portal Rasmi E-Kasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah sekali.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-“).
- Klik pada kotak [ ] I’m not a robot.
- Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status kelayakan pendaftaran E-Kasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah mengetahui status pendaftara E-Kasih anda, check pula status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM200 dalam MyKad seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi SARA di sini : https://sara.gov.my/.
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Klik terus pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-“).
- Klik pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & E-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000 / https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.