CHECK STATUS STR FASA 2 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Rasminya Kementerian Kewangan (MOF) telah menyiarkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) bakal disalurkan sebelum perayaan Aidilfitri iaitu bermula 24 Mac 2025, Isnin ini dan berperingkat kepada 8.5 juta penerima yang berstatus ‘Layak’.
Bagaimanakah check status penerima STR Fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYAR STR FASA 2 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2 2025
Pembayaran STR Fasa 2 hanya khas kepada pemohon yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Kelayakan Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Kelayakan Bujang :
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CHECK STATUS STR FASA 2 2025
Berikut merupakan pautan laman rasmi Bantuan Tunai Hasil (STR) :
Ikuti panduan check status kelayakan bayaran STR Fasa 2 seperti berikut :
- Layari laman rasmi Bantuan Tunai Hasil (STR) atau klik pada pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR IMPLIKASI BAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran STR Fasa 2 akan melibatkan kadar implikasi kewangan sebanyak RM1.7 billion dan mengikut pecahan bagi setiap kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR IMPLIKASI (RM) | KADAR BAYARAN FASA 2 |
---|---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan <RM2,500) | 0.9 billion | RM150 – RM650 (tertakluk bil. anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan <RM5,000) | 0.1 billion | RM100 – RM300 (tertakluk bil. anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | 0.2 billion | RM150 |
Bujang | 0.5 billion | RM150 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Terdapat dua (2) kaedah bayaran STR Fasa 2, iaitu :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima |
Tiada maklumat akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah mengesahkan bahawa tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah seperti berikut :
TARIKH BAYARAN DALAM AKAUN BANK PENERIMA | TARIKH BAYARAN TUNAI DI KAUNTER BSN |
---|---|
24 Mac 2025 (Isnin) sehingga 27 Mac 2025 (Khamis) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
Str
Str
Check fasa 2
Terbaik
Mohon bantuan mykad