SEMAKAN SARA ONLINE 2026 : STATUS BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD
Semakan seperti status kelayakan, jumlah, tarikh dan baki bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad boleh di semak dengan mudah secara online di Portal Rasmi SARA di mana-mana sahaja.
Bagaimanakah semakan sara online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STR BUJANG FASA 3 2026
PORTAL SEMAKAN SARA ONLINE 2026
Portal rasmi untuk tujuan semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :
| NAMA PORTAL | PAUTAN |
|---|---|
| Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://sara.gov.my/ |
MANFAAT SEMAKAN SARA
Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Portal Rasmi bantuan amat penting untuk mengetahui info seperti :
- Status kelayakan penerima;
- Kadar Bayaran;
- Jumlah Baki;
- Tarikh Bayaran; dan
- Tarikh Luput/Akhir
SEMAKAN KADAR BAYARAN SARA 2026
Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
CARA SEMAKAN SARA ONLINE 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
TARIKH BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan seperti berikut :
| TEMPOH BANTUAN | KAEDAH BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| 12 Bulan | MyKad (Kad Pengenalan) | 9 Januari 2026 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026