SEMAK BAYARAN BANTUAN SARA – SETIAP BULAN DALAM IC

SEMAK BAYARAN BANTUAN SARA – SETIAP BULAN DALAM IC

Ramai antara penerima yang terpilih tidak sedar bahawa bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) telah dikreditkan dalam IC pada setiap bulan. Oleh itu, rakyat dewasa di Malaysia disarankan untuk semak sama ada terima atau tidak bayaran Bantuan SARA setiap bulan.

Bagaimanakah cara semak bayaran Bantuan SARA setiap bulan dalam IC? Rujuk panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAKI MYKASIH TERBARU – SEBELUM GUNA UNTUK BELI BARANG

SYARAT PENERIMA BANTUAN SARA

Penerima yang terpilih untuk menerima Bantuan SARA adalah berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Kategori Penerima :
    • Isi Rumah;
    • Warga Emas;
    • Bujang;
  • Kadar Pendapatan :
    • Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan e-Kasih;
    • RM2,500 atau sehingga RM5,000 sebulan;
  • Permohonan STR : Lulus Fasa 1 2026.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA

Bayaran Bantuan SARA dikreditkan dengan kadar RM50 hingga RM200 setiap bulan mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR BAYARAN
SEBULAN
KADAR BAYARAN
SETAHUN
Isi Rumah
Pendapatan PGK
RM200 sebulanRM2,400 setahun
Isi Rumah
Pendapatan
RM2,500 – RM5,000
RM100 sebulanRM1,200 setahun
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR BAYARAN
SEBULAN
KADAR BAYARAN
SETAHUN
Warga Emas
Pendapatan PGK
RM150 sebulanRM1,800 setahun
Warga Emas
Pendapatan
RM2,500 – RM5,000
RM50 sebulanRM600 setahun
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR BAYARAN
SEBULAN
KADAR BAYARAN
SETAHUN
Bujang
Pendapatan PGK
RM100 sebulanRM1,200 setahun
Bujang
Pendapatan
RM2,500
RM50 sebulanRM600 setahun

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA

Pembayaran Bantuan SARA dikreditkan setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

  • 🗓️ 9 – 16 Januari 2026 (Jumaat)
  • 🗓️ 1 Februari 2026 (Ahad)
  • 🗓️ 1 Mac 2026 (Ahad)
  • 🗓️ 1 April 2026 (Rabu)
  • 🗓️ 1 Mei 2026 (Jumaat)
  • 🗓️ 1 Jun 2026 (Isnin)
  • 🗓️ 1 Julai 2026 (Rabu)
  • 🗓️ 1 Ogos 2026 (Sabtu)
  • 🗓️ 1 September 2026 (Selasa)
  • 🗓️ 1 Oktober 2026 (Khamis)
  • 🗓️ 1 November 2026 (Ahad)
  • 🗓️ 1 Disember 2026 (Selasa)

SEMAK BAYARAN BANTUAN SARA

Untuk mengetahui status bayaran sama ada Bantuan SARA telah dikreditkan atau belum, ikuti semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi SARA di sini : https://sara.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa ke laman web rasmi SARA.
  3. Pada halaman tersebut, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor IC anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 700230123456.
  5. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN SARA

Setelah bayaran Bantuan SARA disahkan, penerima boleh terus menggunakannya untuk beli barang keperluan asas mengikut cara seperti berikut :

  1. Pergi ke kedai runcit / pasar raya / pasar mini yang berhampiran.
    • (Pastikan kedai tersebut berdaftar dengan SARA).
  2. Pilih dan ambil barang keperluan yang terpilih ada label SARA.
  3. Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan imbas setiap barang yang anda pilih.
  5. Transaksi bayaran akan disahkan guna IC anda.
  6. IC anda akan dikembalikan bersama resit pembelian.

INFO LANJUT

Informasi dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib melalui :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment