SENARAI BARANGAN MYKASIH TERKINI 2026
Kategori barangan MyKasih untuk tahun 2026 diperluaskan kepada 15 kategori membolehkan penerima ya g layak untuk menikmati bantuan dalam bentuk barangan asas sepenuhnya serta dapat memenuhi keperluan harian.
Apakah senarai barangan mykasih terkini 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA MYKASIH 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA TERKINI
ELAUN BULANAN UNTUK BELI BARANGAN MYKASIH
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SENARAI KATEGORI & JENAMA BARANGAN MYKASIH TERKINI
Barangan keperluan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kini diperluaskan kepada 15 Kategori barangan termasuk :
| KATEGORI | JENAMA |
|---|---|
| Beras | Jasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5 |
| Roti | Gardenia, Massimo, Mighty White |
| Telur | CP, NutriPlus, QL Eggs |
| Minyak Masak | Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni |
| Tepung | Cap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros |
| Biskut | Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng |
| Mi Segera | Maggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedaap |
| Minuman | Milo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold |
| Makanan Dalam Tin | Ayam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi |
| Bahan Perasa | Maggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza |
| Produk Kebersihan Diri | Colgate, Dettol, Kotex |
| Ubat-Ubatan (OTC) | Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar |
| Barangan Persekolahan | Faber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata |
| Barangan Kebersihan Rumah | Breeze, Daia, Dettol pencuci, sabun pencuci lantai |
| Makanan Sejuk Beku (Lokal) | Ayam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku |
TARIKH MASUK ELAUN UNTUK BELI BARANGAN MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| JADUAL BAYARAN | TARIKH BAYARAN | KATEGORI PENERIMA |
|---|---|---|
| Januari | 9 Januari 2026 | Isi Rumah |
| – | 16 Januari 2026 | Warga Emas Tanpa Pasangan |
| Februari | 1 Februari 2026 | Semua |
| Mac | 1 Mac 2026 | Semua |
| April | 1 April 2026 | Semua |
| Mei | 1 Mei 2026 | Semua |
| Jun | 1 Jun 2026 | Semua |
| Julai | 1 Julai 2026 | Semua |
| Ogos | 1 Ogos 2026 | Semua |
| September | 1 September 2026 | Semua |
| Oktober | 1 Oktober 2026 | Semua |
| November | 1 November 2026 | Semua |
| Disember | 1 Disember 2026 | Semua |
CARA BELI BARANGAN MYKASIH TERKINI
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026