SEMAKAN BAKI MYKASIH ONLINE : BAYARAN BANTUAN SARA 2026

SEMAKAN BAKI MYKASIH ONLINE : BAYARAN BANTUAN SARA 2026

Semakan Baki MyKasih Online merupakan langkah penting bagi penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 untuk mengetahui baki elaun yang masih ada di dalam MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing untuk membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih.

Bagi memudahkan anda, artikel ini menyediakan panduan lengkap cara semakan baki MyKasih secara dalam talian (online).

Baca juga: SYUKUR SABAH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

ADAKAH BAKI MYKASIH BOLEH LUPUT?

Jawapannya TIDAK LUPUT pada bulan berjalan. Sekiranya baki elaun SARA bulanan anda tidak dihabiskan pada bulan semasa (contoh : bulan Ogos), baki tersebut akan dibawa ke bulan seterusnya (carried forward).

Walau bagaimanapun, kesemua baki bantuan SARA bagi tahun 2026 mesti digunakan sepenuhnya sebelum 31 Disember 2026. Sebarang baki yang tidak digunakan selepas tarikh luput program akan terbatal secara automatik.

CARA SEMAKAN BAKI MYKASIH ONLINE

Penerima boleh semak baki akaun MyKasih dalam MyKad melalui kaedah mudah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)Contoh : 100.00

KADAR ELAUN & KEMASUKAN BAYARAN MYKASIH

Jumlah elaun bulanan yang dikreditkan ke dalam akaun MyKad penerima bergantung kepada kategori berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SENARAI BARANGAN BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BAKI MYKASIH

Baki elaun SARA dalam MyKad hanya boleh digunakan untuk membeli 15 kategori barangan asas yang diluluskan sahaja :

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Barangan Perasa / Bahan Masakan;
  • Minuman Minuman Sehari-hari;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Produk Kebersihan Diri;
  • Bahan Kebersihan Rumah;
  • Ubat-ubatan Berdaftar;
  • Makanan Sejuk Beku;
  • Barangan persekolahan;

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BAKI MYKASIH

  • Q1 : Boleh ke baki MyKasih dikeluarkan secara tunai (cash) di ATM?
    • Jawapan: Tidak boleh. Bantuan SARA MyKasih adalah bantuan tanpa tunai (cashless) yang hanya boleh diguna pakai melalui cipan MyKad di kaunter pasar raya berdaftar.
  • Q2 : Mengapa baki MyKasih saya menjadi RM0.00 walaupun status LULUS?
    • Jawapan: Ini biasanya berlaku disebabkan pengkreditan bulanan belum masuk pada tarikh berkenaan, atau elaun bulan tersebut telah digunakan sepenuhnya semasa transaksi terdahulu.
  • Q3 : Bagaimana jika MyKad rosak semasa ingin membuat bayaran/semakan?
    • Jawapan: Anda perlu memperbaharui MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu. Sistem MyKasih akan mengemaskini maklumat cip MyKad baharu secara automatik.

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN RASMI

Sekiranya anda menghadapi masalah teknikal mengenai baki elaun MyKasih atau imbasan MyKad di kedai runcit, sila hubungi:

PENAFIAN

Laman web ini menyediakan panduan maklumat dan rujukan umum berkenaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memudahkan pengguna. Kami tidak pernah meminta maklumat peribadi atau mengenakan sebarang bayaran. Untuk semakan baki dan status rasmi, sila layari Portal Rasmi MyKasih.

Leave a Comment