SARA ONE OFF LOGIN (SEMAKAN ONLINE 2024 RM300/RM150)
Terkini! Ramai masih tidak tahu bahawa mereka layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One off 2024 (RM300/RM150) secara automatik. Untuk mengetahui status kelayakan dan kemasukan bayaran bantuan ini, anda dikehendaki semak di Portal MySTR.
Menurut Kementerian Kewangan, mulai 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.
Berikut disertakan panduan lengkap cara login portal STR dan semakan bayaran untuk rujukan anda semua.
Bagaimanakah cara check status sara one off 2024? Ikuti maklumat lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 : PERMOHONAN, BORANG
APA ITU SARA ONE OFF
SARA one off 2024 merupakan bantuan tambahan secara TUNAI yang disediakan oleh Kerajaan Madani khusus kepada semua penerima bantuan STR 2024, dan kelayakan bantuan adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024. One off disini pula bermaksud sekali bayar, dimana penerima akan diberikan sebanyak RM300 bagi isi rumah, dan RM 150 bagi warga emas dan bujang.
Berbeza dengan SARA MyKasih sebelum ini, dimana bantuan hanya terhad kepada mereka yang terdiri daripada kategori miskin dan miskin tegar yang tercatat dalam data eKasih, dan kaedah penyaluran bantuan adalah secara cashless (tanpa tunai) melalui MyKad, untuk membuat pembelian barangan keperluan barangan keperluan asas di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA & LOGIN BANTUAN SARA ONE OFF
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
PERMOHONAN & LOGIN SARA ONE OFF
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus.
TARIKH MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR.
Kaedah Penyaluran bantuan sara one off ini adalah sama seperti bantuan STR, dimana pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
LOGIN SARA ONE OFF
Panduan lengkap Login & Semakan Status SARA One Off 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
JUMLAH MASUK BAYARAN SARA
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan & Bujang | RM 150 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]