SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : 2025 ONLINE SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Kadar peruntukan penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2025 dipertingkatkan sehingga RM13 billion dan jumlah tersebut merupakan kadar peruntukan bantuan tunai oleh kerajaan yang tertinggi dalam sejarah Malaysia bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan sepanjang tahun ini.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah secara online? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH : ONLINE SEMAKAN STATUS LAYAK AYAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Setiap kategori akan menerima jumlah yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Penerima yang layak akan menerima bayaran melalui kaedah berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan; atau
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Pembayaran adalah secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa mengikut tarikh seperti berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH |
---|---|
Pertama (1) | 22 – 28 Januari 2025 |
Kedua (2) | Belum diumumkan |
Ketiga (3) | Belum diumumkan |
Keempat (4) | Belum diumumkan |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima yang ditetapkan pada tahun ini :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
- Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia;
- Sekiranya memiliki anak (anak kandung atau anak tidak sah taraf atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN) mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke bawah atau berumur 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
- Kelayakan Warga Emas :
- Berpasangan atau bujang;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Kelayakan Bujang :
- Bujang atau Balu atau Duda / Janda tiada anak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah melalui semakan status di pautan rasmi berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status anda akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.