SEMAK BAYARAN SARA 2026 MELALUI MYKAD PENERIMA

SEMAK BAYARAN SARA 2026 MELALUI MYKAD PENERIMA

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 diteruskan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan B40 dan M40 menangani kos sara hidup melalui elaun bulanan tanpa tunai (cashless). Panduan lengkap untuk semak bayaran SARA 2026 kini boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian (online) menggunakan nombor MyKad (Kad Pengenalan) penerima.

Dalam artikel ini, anda akan dipandu secara terperinci mengenai cara semak bayaran SARA 2026, syarat kelayakan, kadar bantuan bulanan, serta jadual pengkreditan terkini ke dalam MyKad anda.

Baca juga: SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2026 : PANDUAN SEMAKAN ONLINE & TARIKH BAYARAN FASA 3

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2026?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan kewangan tambahan daripada Kerajaan Malaysia khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Bantuan ini dikreditkan secara automatik setiap bulan terus ke dalam MyKad penerima berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Program ini membolehkan penerima membeli barang makanan asas dan keperluan harian di ribuan rakan niaga berdaftar (seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, KK Mart, dan kedai runcit terpilih) tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026

Bagi membuat semakan, anda perlu mengetahui dua kategori utama penerima yang layak menerima bayaran SARA bagi tahun 2026 :

  • Kategori SARA eKasih (Miskin & Miskin Tegar) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
    • Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan;
    • Pendapatan Ketua Isi Rumah berada di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Berdaftar dan tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam pangkalan data Sistem eKasih (ICU JPM).
  • Kategori SARA Bukan eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
      • Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

JUMLAH BAYARAN BULANAN SARA 2026

Kadar bantuan dikreditkan secara bulanan mengikut kategori kelayakan berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIH
(BULANAN)
SARA BUKAN EKASIH
(BULANAN)
Isi RumahRM200RM100
Warga Emas Tanpa PasanganRM150RM50
BujangRM100RM50

Nota : Tempoh program bantuan SARA 2026 berjalan selama 12 bulan bermula Januari 2026 hingga Disember 2026. Baki kredit yang tidak dihabiskan pada bulan semasa akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga tarikh luput pada 31 Disember 2026.

JADUAL & TARIKH BAYARAN SARA 2026

Pengkreditan elaun MyKad dilakukan pada awal setiap bulan. Anda disyorkan untuk semak bayaran SARA 2026 mengikut tarikh jadual berikut :

BULAN PENGKREDITANTARIKH MULA KREDITTARIKH TAMAT / LUPUT
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
9 Januari 2026
16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

CARA SEMAK BAYARAN SARA 2026

Proses semakan status dan baki bantuan elaun MyKad boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian. Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk semak bayaran SARA 2026 :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan SARA di : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan Nombor MyKad (Kad Pengenalan) anda pada ruang yang disediakan.
  3. Tekan butang “Semak Status”.
  4. Sistem akan memaparkan keputusan semakan merangkumi :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
Status KelayakanLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Kredit MyKad (RM)Jumlah baki elaun terkini yang boleh dibelanjakan.

KAEDAH PENGGUNAAN BANTUAN SARA MELALUI MYKAD

Selepas mengesahkan kelayakan melalui semakan bayaran SARA 2026, anda boleh terus menggunakan elaun tersebut seperti berikut :

  1. Kunjungi mana-mana pasar raya atau kedai runcit yang mempunyai pelekat Rakan Niaga MyKasih.
  2. Pilih barang keperluan asas bertanda logo / label MyKasih (contoh : beras, minyak masak, telur, roti, biskut, mi instant, bahan perasa, produk kebersihan, dan ubat-ubatan).
  3. Serahkan MyKad kepada juruwang semasa membuat pembayaran.
  4. Juruwang akan mengimbas MyKad untuk mengesahkan transaksi.
  5. Pembayaran digunakan menggunakan MyKad tersebut.
  6. Resit pembayaran akan dikeluarkan memaparkan jumlah transaksi dan baki elaun SARA yang tinggal.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN SARA 2026

  • Adakah baki bayaran SARA yang tidak dihabiskan pada bulan ini akan luput?
    • Tidak. Baki elaun yang belum digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.
  • Bagaimana jika status semakan menunjukkan “Tidak Layak”?
    • Hanya penerima STR 2026 yang memenuhi syarat kelayakan sahaja yang tersenarai secara automatik. Sila pastikan maklumat STR 2026 anda sentiasa dikemaskini.

HUBUNGI TALIAN BANTUAN RASMI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah teknikal mengenai semakan kelayakan dan transaksi MyKad SARA 2026, anda boleh menghubungi pihak pengurusan MyKasih Foundation :

Penafian : Maklumat ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat awam mengenai Bantuan Kerajaan Malaysia bagi memudahkan carian pengguna. Artikel in merujuk kepada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA.

Leave a Comment