STR 2026 TARIKH BAYAR : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 3

STR 2026 TARIKH BAYAR : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 3

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026 bakal dilaksanakan secara empat (4) mengikut jadual pembayaran yang bakal dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), dengan kadar yang diberikan berdasarkan kelayakan penerima.

Artikel ini menyediakan panduan lengkap merangkumi STR 2026 tarikh bayar, jadual pengkreditan mengikut fasa, syarat kelayakan terkini, kadar bayaran, dan cara membuat semakan status secara dalam talian melalui Portal Rasmi MySTR.

Baca juga: SEMAK BAYARAN SARA 2026 MELALUI MYKAD PENERIMA

RINGKASAN JADUAL PEMBAYARAN STR 2026

FASA PEMBAYARANSTATUS BAYARANTARIKH BAYAR RASMI
Fasa 1Selesai20 Januari 2026
Fasa 2Selesai10 Mac 2026
Fasa 3Akan datangDijangka bulan Ogos
(Akan dikemas kini)
Fasa 4Akan datangAkan dikemas kini

Nota Penting : Tarikh rasmi pengkreditan dimasukkan ke dalam akaun tertakluk kepada pengumuman siaran media rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan pemprosesan pihak bank panel (BSN, Maybank, CIMB, Bank Islam).

SYARAT KELAYAKAN PENEIRMA STR 2026

Bagi memastikan pembayaran diterima mengikut jadual tarikh bayar STR 2026, pemohon mestilah memenuhi kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut kategori berikut :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas (Tiada Pasangan)
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

KADAR BAYARAN STR FASA 3 2026

Amaun Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 2026 adalah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (berkahwin / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda ada anak)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR FASA 3
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM300
Anak 3 hingga 4 : RM450
Anak 5 dan Ke atas : RM600
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM0
Anak 1 hingga 2 : RM150
Anak 3 hingga 4 : RM200
Anak 5 dan Ke atas : RM250
  • Kategori Bujang (Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tiada anak)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR FASA 3
Bujang
(Berumur 21-59 tahun)
Bantuan digantikan dengan kaedah pembayaran Bantuan SARA
Bujang Warga Emas
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM150

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & BAYARAN STR 2026

Langkah-langkah Semakan Status Kelayakan STR Secara Online :

PORTAL SEMAKANPAUTAN RASMI
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Layari Portal Rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (12 digit) tanpa (-).
  3. Klik pada butang [Semak].
  4. Sahkan Kunci Keselamatan yang dipaparkan pada skrin (Klik Ya sekiranya betul).
  5. Masukkan Kata Laluan akaun MySTR anda.
  6. Klik [Log Masuk].
  7. Selepas berjaya masuk ke Dashboard MySTR, klik pada menu [Semakan Pemohonan].
  8. Paparan akan menunjukkan status kelayakan, amaun bayaran, serta status pengkreditan fasa terkini.
  9. Selesai.

KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026

Pembayaran bantuan STR disalurkan menerusi dua (2) kaedah utama :

  • Akaun Bank (Pengkreditan Terus) :
    • Bayaran dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Penunaian Tunai di Kaunter BSN :
    • Terpakai bagi penerima yang tiada akaun bank atau berstatus ‘Gagal Kredit’;
    • Penunaian boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat di seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) dengan membawa Kad Pengenalan asal.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

  • Q1 : Bilakah tarikh bayar STR 2026 Fasa 3?
  • Jawapan : Tarikh bayar STR 2026 Fasa 3 dijangka disalurkan pada bulan Ogos 2026. Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
  • Q2 : Adakah saya perlu membuat permohonan baharu untuk Fasa seterusnya?
  • Jawapan : Tidak perlu sekiranya anda telah diluluskan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kemas kini maklumat adalah digalakkan sekiranya terdapat perubahan status perkahwinan, pendapatan, atau bilangan anak.

TALIAN BANTUAN & INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Penafian : Artikel ini disediakan semata-mata untuk tujuan perkongsian maklumat dan panduan umum bagi memudahkan carian pengguna. Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, atau mengenakan bayaran bagi maklumat yang dikongsi. Segala semakan dan permohonan rasmi hendaklah dibuat terus melalui portal rasmi LHDNM.

Leave a Comment