SKAS SARAWAK PERMOHONAN ONLINE (APPLICATION BANTUAN 2025)

SKAS SARAWAK PERMOHONAN ONLINE (APPLICATION BANTUAN 2025)

Tahun baharu akan tiba! Bantuan Asas Sarawak juga akan turut dilaksanakan tidak lama lagi, dan dapat membantu meringankan beban kewangan Rakyat Sarawak yang Menetap di Sarawak dalam menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Berikut disertakan maklumat lengkap mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), serta cara permohonan untuk rujukan anda semua.

Bagaimanakah application skas sarawak? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SARA ONE OFF LOGIN (SEMAKAN ONLINE 2024 RM300/RM150)

APA ITU SUMBANGAN SKAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan inisiatif bantuan baharu oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban kewangan Rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah dalam mengharungi cabaran ekonomi.

Bantuan ini telah membentangkan dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, dan bakal dilaksanakan bermula tahun 2025.

Sebanyak RM450 juta akan peruntukan dan kira-kira seramai 850,000 akan mendapat manfaat daripada peruntukkan ini. Penerima bantuan ini, layak menerima bantuan antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing.

Bantuan ini disediakan khusus untuk rakyat Sarawak yang menetap di Sarawak untuk membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan barangan keperluan lain untuk kelangsungan hidup.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKAS SARAWAK ONLINE

Berikut adalah kelayakan untuk permohonan bantuan SKAS:

  • Warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
  • Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah.
  • Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 kebawah.
  • Bujang berpendapatan RM2,500 kebawah.

Catatan : Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.

PERMOHONAN ONLINE SKAS SARAWAK DAN SEMAKAN STATUS

Laman web rasmi bantuan SKAS SARAWAK untuk permohonan, dan semakan masih belum dibuka. Sebarang maklumat terkini berkenaan pembukaan permohonan dan semakan bantuan SKAS 2025, pihak kami akan kemaskini secepat mungkin apabila secara rasminya diumumkan oleh Pihak Kerajaan Sarawak.

JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

JADUAL TARIKH MASUK BAYARAN

Tarikh rasmi bayaran belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:

1 thought on “SKAS SARAWAK PERMOHONAN ONLINE (APPLICATION BANTUAN 2025)”

Leave a Comment