SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2026 : PANDUAN SEMAKAN ONLINE & TARIKH BAYARAN FASA 3
Bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 kini menjadi penantian rakyat Malaysia. Proses untuk semak status kelayakan Fasa 3 boleh dilakukan secara atas talian (online) dengan mudah, cepat, dan selamat melalui portal rasmi bermula tarikh bayaran dilaksanakan.
Adakah anda ingin tahu sama ada anda layak menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 2026? Artikel ini menyediakan panduan langkah demi langkah untuk anda membuat semakan status, syarat-syarat kelayakan terkini, serta maklumat penting mengenai pembayaran.
Baca juga: SEMAK BAKI BANTUAN SARA YANG ADA DALAM MYKAD 2026
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN STR SECARA ONLINE
Untuk membuat semakan status kelayakan STR, anda hanya perlu menggunakan peranti telefon pintar atau komputer yang mempunyai capaian internet.
Sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah :
- Layari portal rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (Nombor MyKad) anda tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang ‘Log Masuk’.
- Klik butang ‘Semak’ untuk pengesahan ID.
- Sahkan kunci keselamatan (safety phrase) yang dipaparkan.
- Masukkan Kata Laluan akaun anda dan klik ‘Log Masuk’.
- Selepas berjaya masuk, klik pada bahagian ‘Semakan Status’.
- Status kelayakan anda bagi fasa terkini akan dipaparkan sama ada Lulus, Tidak Lulus, atau Dalam Proses.
MAKSUD STATUS KEPUTUSAN SEMAKAN STR
Selepas anda membuat semakan status kelayakan STR, anda akan melihat salah satu daripada keputusan berikut :
- Lulus : Permohonan anda diterima dan bayaran akan dikreditkan mengikut fasa yang ditetapkan.
- Tidak Lulus : Permohonan tidak berjaya. Sebab kegagalan akan dipaparkan (contoh : syarat, maklumat tidak lengkap) anda boleh membuat Rayuan STR mengikut tarikh yang dibuka.
- Dalam Proses : Permohonan atau kemaskini maklumat anda sedang disemak oleh pihak LHDN.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Sebelum membuat semakan, pastikan anda memenuhi syarat-syarat asas kelayakan penerima STR berikut :
| KRITERIA | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Status Perkahwinan | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) |
| Had Umur | Tiada had umur | Berumur 60 tahun dan ke atas | Berumur 21-59 tahun; Berumur 19 – 59 tahun (Orang Kurang Upaya/OKU) |
| Pendapatan Bulanan | Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah | Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah | Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah |
| Status Pengajian | – | – | Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
JADUAL & KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN STR
Pembayaran STR dilakukan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Kaedah Bayaran :
- Kredit ke Akaun Bank : Bayaran dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan.
- Tunai di Kaunter BSN : Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, penebusan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
JUMLAH KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 3
Kadar Kelayakan STR 2026 FASA 3 adalah seperti berikut :
Isi Rumah :
- Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
- Tiada (0) Anak : RM200
- Anak 1 hingga 2 : RM300
- Anak 3 hingga 4 : RM450
- Anak 5 dan Ke atas : RM600
- Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada (0) Anak : RM0
- Anak 1 hingga 2 : RM150
- Anak 3 hingga 4 : RM200
- Anak 5 dan Ke atas : RM250
Warga Emas :
- Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) :
- RM150
Bujang :
- Bujang (Berumur 21-59 tahun) :
- Bayaran digantikan Bantuan SARA;
- RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember)
LUPA KATA LALUAN
Jika anda mengalami masalah untuk log masuk semasa mahu semak status kelayakan STR, anda boleh mengambil langkah berikut :
- Klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’ di halaman log masuk portal rasmi.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan jawab soalan keselamatan yang ditetapkan.
- Sekiranya akaun anda terkunci atau e-mel/no. telefon lama tidak lagi aktif, anda boleh hadir ke cawangan LHDN berdekatan atau hubungi Talian Bantuan STR.
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STATUS STR
- Bilakah saya boleh membuat semakan status kelayakan STR?
Semakan status boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun, terutamanya menjelang pembukaan fasa pembayaran baharu.
- Adakah saya perlu memohon semula setiap tahun?
Jika anda sudah sedia ada penerima dan tiada sebarang perubahan maklumat (seperti status perkahwinan atau pendapatan), maklumat anda akan dikemas kini secara automatik. Namun, kemaskini adalah digalakkan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.
- Di manakah saya boleh merujuk maklumat rasmi berkaitan STR?
Sebarang maklumat sahih dan terkini hanya boleh didapati menerusi Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM atau pengumuman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Artikel ini disediakan semata-mata untuk tujuan perkongsian maklumat dan panduan umum bagi memudahkan carian pengguna. Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, atau mengenakan bayaran bagi maklumat yang dikongsi. Segala semakan dan permohonan rasmi hendaklah dibuat terus melalui portal rasmi LHDNM.