BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 : PERMOHONAN, BORANG

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 : PERMOHONAN, BORANG

Terkini! Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pada tahun 2025. Lebih kurang seramai 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 akan mendapat manfaat daripada inisiatif BAP ini bagi mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun 2025.

Bantuan ini akan diagihkan di sekolah masing-masing mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah permohonan dan download borang bantuan persekolahan online 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: DAFTAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH (2025 BANTUAN MYSARA)

APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

Bantuan Awal Persekolahan merupakan bantuan tunai secara one off (sekaligus) yang diberikan pada awal tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid. Bantuan ini disediakan tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Belanjawan 2025, BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.

SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; atau
  3. Murid Tahun dan Tahun 2 di Kolej Vokasional; atau
  4. Murid di SBJK yang berusia di antara 4 tahun sehingga 19 tahun; atau
  5. Murid di SI dan SHG yang berusia di antara 14 tahun sehingga 21 tahun; atau
  6. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat
    • Kolej PERMATA
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney
    • Maktab Rendah Sains MARA, dan;
    • Maktab Tentera Diraja

KADAR BANTUAN

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

KAEDAH PENYALURAN BAYARAN

Peruntukan BAP disalurkan ke sekolah dan pihak sekolah membuat agihan sama ada secara:

  • Tunai kepada Murid; atau
  • Disalurkan terus ke akaun Bank Murid
  • Dikreditkan terus ke akaun Bank Ibu Bapa

Catatan : Agihan ini bergantung kepada amalan sekolah masing-masing.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

Tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan akan disalurkan secara berperingkat mengikut sekolah masing-masing. Kebanyakan sekolah akan mula buat pengagihan mulai Januari 2025.

Nota : Penyaluran bantuan akan dibuat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Surat Makluman Penyaluran Peruntukan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

Permohonan adalah layak secara automatik untuk semua murid. Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak untuk menerima bantuan ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh rujuk Belanjawan 2025 untuk mengetahui maklumat lanjut.

Leave a Comment