SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 2024 TELAH DIBUKA : CHECK SEKARANG
Bayaran akhir bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu Fasa Keempat bagi tahun 2024 akan dikreditkan bermula hari ini 7 November 2024 secara berperingkat. Bayaran ini akan diagihkan kepada 8.7 juta penerima yang berstatus layak, mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Semakan status bayaran bantuan STR Fasa 4 2024 telah dibuka, dan anda boleh mula membuat semakan secara online sekarang. Disertakan panduan lengkap cara semakan pengagihan bantuan secara online.
Bagaimanakah semakan status bayaran bantuan str fasa 4 2024? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA 2024 ONLINE SEMAKAN)
TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 2024
Semakan bayaran bantuan STR Fasa 4 2024 boleh mula semak hari ini 7 November 2024.
Bayaran bantuan STR Fasa 4 2024 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang berstatus lulus secara berperingkat bermula 7-14 November 2024.
LOG MASUK BANTUAN STR
Panduan lengkap Log Masuk STR adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pilih Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit), dan klik log masuk.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 2024
Panduan lengkap Semakan Status STR 2024 Online seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan kata laluan.
- Setelah berjaya masuk, tekan pada Semakan Status.
- Kemudian anda boleh tekan pada:
- Klik Semakan Status
- Klik Maklumat Pembayaran – Untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan (Jika anda layak).
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 2024
Kadar bantuan bagi STR Fasa 4 2024 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) FASA 4 |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 Anak 1-2 : RM 350 Anak 3-4 : RM 500 5 dan keatas: RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 150 Anak 1-2 : RM 200 Anak 3-4 : RM 250 5 dan keatas: RM 350 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 100 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR
Kaedah bayaran bantuan penerima yang berstatus lulus adalah seperti berikut:
- Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang berstatus lulus secara berperingkat, bermula pada 7-14 November 2024.
- Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun, boleh menuntut bayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan secara tunai.
Catatan: Jenis penerima bagi bayaran Fasa 4 ini adalah penerima sedia ada bagi STR Fasa 1, 2 dan 3, penerima baharu dan juga rayuan.
SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN
Status kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Saya masih x dpt lg
samalah
Saya tak ada dpt terus bantuan mykasih sara hidup untuk bujang.. sebab banyak orang tggal kat Sarawak untuk bujang sara hidup Rm600 ringgit itu banyak rakyat Malaysia untuk bujang tak ada dapat bantuan mykasih sara hidup itu tuan? Kalau bantuan STR saya ada dpt tuan tunggu fasa 4 sahaja lagi ni
Bantuan fasa 4 sudah sy terima sy ucapkn terima kasih kerajaan malaysia Dan menanti bantuan one off pada 9 disember ada kah status sy berkelayakan…🤲