SEMAK BAKI TERKINI MYKASIH : JUMLAH TERKUMPUL SETAKAT INI
Adakah anda salah seorang penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)? Ramai penerima yang ingin tahu semak baki terkini MyKasih bagi memastikan berapakah baki elaun barangan dapur yang masih tersisa atau terkumpul dalam Kad Pengenalan (MyKad) masing-masing.
Sekiranya anda belum menggunakannya atau baru membeli sebahagian barang asas, baki tersebut akan disimpan dalam MyKad sehingga tarikh luput yang ditetapkan.
Berikut adalah panduan lengkap cara semak baki terkini MyKasih secara atas talian (online) berserta jumlah terkumpul dan tempoh sah guna.
BACA JUGA : SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR – YANG BOLEH BELI GUNA MYKASIH
JUMLAH BAKI TERKINI MYKASIH
Sekiranya penerima bayaran bulanan tidak pernah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas, baki yang terkumpul setakat ini (hingga Ogos) pastinya masih penuh lagi dalam Kad Pengenalan.
Berikut merupakan jumlah baki terkini MyKasih (terkumpul dari Januari hingga Ogos) :
| KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN | JUMLAH TERKUMPUL | JUMLAH BELUM KREDIT |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 sebulan | Sehingga RM1,600 | RM800 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 sebulan | Sehingga RM800 | RM400 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 sebulan | Sehingga RM1,200 | RM600 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 sebulan | Sehingga RM400 | RM200 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 sebulan | Sehingga RM800 | RM400 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 sebulan | Sehingga RM400 | RM200 |
SEMAK BAKI TERKINI MYKASIH
Bagi penerima yang belum menggunakan atau telah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas boleh buat semakan untuk tahu berapa baki terkini yang ada dalam Kad Pengenalan.
Ikuti cara semak baki yang mudah di bawah :
- Layari laman web rasmi MyKasih di sini :
- Laman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900230112345.
- Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan baki terkumpul akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan baki terkumpul MyKasih :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Jumlah Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 245.45 (Contoh baki selepas pembelian) |
TARIKH AKHIR GUNA BAKI MYKASIH
Bantuan MyKasih akan dikreditkan setiap 1 hari bulan setiap bulan untuk penerima membuat pembelian barang keperluan asas. Namun Kerajaan juga telah menetapkan tarikh akhir penggunaan Bantuan MyKasih selama berikut :
| TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR |
|---|---|
| 12 bulan (Dari Januari hingga Disember) | 31 Disember 2026 (Khamis) |
BILANGAN TERKINI PENERIMA BANTUAN MYKASIH
Penerima yang telah disahkan layak menerima Bantuan MyKasih secara one-off adalah seramai 22 juta penerima termasuk penerima sedia ada yang direkodkan seramai 8.1 juta yang melibatkan seramai berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BILANGAN YANG LAYAK |
|---|---|
| Isi Rumah | 3.7 juta penerima |
| Warga Emas | 1.3 juta penerima |
| Bujang | 3.1 juta penerima |
SOALAN LAZIM (FAQ) BAKI MYKASIH
- Adakah baki MyKasih boleh dikeluarkan secara tunai di ATM?
- Tidak. Baki bantuan MyKasih adalah berasaskan e-kredit dalam MyKad. Baki ini hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas yang dibenarkan di kedai runcit dan pasar raya rakan niaga MyKasih (seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, Speedmart 99, dan lain-lain).
- Bagaimana cara semak baki MyKasih melalui resit pembelian?
- Selain semakan online, anda juga boleh menyemak baki terkini MyKasih pada bahagian bawah resit rasmi selepas melakukan transaksi pembelian di kaunter kedai yang berdaftar.
- Bolehkah baki bulan ini dibawa ke bulan hadapan?
- Boleh. Baki bantuan SARA MyKasih akan terus diakumulasi (terkumpul) dari bulan ke bulan sehingga tarikh luput pada 31 Disember 2026.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah berkaitan semakan baki, kad rosak, atau transaksi gagal, sila hubungi pihak pengurusan MyKasih di maklumat berikut :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- E-mel MyKasih : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Penafian:
Artikel ini bertujuan untuk memberikan panduan maklumat am berkaitan bantuan kewangan kerajaan bagi memudahkan carian orang ramai. Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi, nombor kad bank, atau mengenakan sebarang caj. Semua maklumat merujuk kepada sumber portal rasmi MyKasih Foundation.