BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA 2025 ONLINE SEMAKAN)
Untuk makluman anda, kerajaan telah menyalurkan hampir RM13 bilion kepada penerima STR dan SARA sepanjang tahun 2025 berbanding RM10 bilion pada tahun 2024. Ini bagi membantu sokongan ekonomi raykat dari kategori miskin dan miskin tegar.
Bayaran bantuan STR akan mula disalurkan dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula diagihkan.
Bagaimanakah semakan bantuan sumbangan asas rahmah 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SENARAI BARANG SARA MYKASIH : (2025) PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Bayaran bantuan tunai tambahan SARA kepada penerima STR bukan miskin dan berstatus miskin tegar akan dilakukan secara berperingkat bermula April 2025.
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR | KADAR BANTUAN (RM) SETAHUN |
---|---|
Isi Rumah | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 |
Bujang | – |
KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Kaedah bayaran terbahagi kepada dua iaitu:
- Bagi penerima Semenanjung Malaysia:
- Pembayaran akan dikreditkan secara automatik tanpa tunai kedalam MyKad penerima, bagi membolehkan penerima SARA membeli barangan runcit asas di bawah kategori produk yang diluluskan oleh pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
- Bagi penerima Sabah dan Sarawak:
- Pembayaran akan dilakukan Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pengkreditan ke dalam akaun bank.
CARA SEMAKAN STATUS
Semakan kelayakan SARA 2025 adalah melalui dua kaedah seperti berikut:
- Semakan kelayakan SARA di Portal rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia di Portal rasmi MyKasih, https://www.mykasih.com.my
PANDUAN SEMAKAN STATUS
Panduan lengkap semakan status SARA 2025 di portal MyKasih adalah seperti berikut:
- Layari portal https://mykasih.com.my/
- Klik pada butang [SEMAK STATUS] untuk semakan SARA.
- Masukkan no. MyKad yang betul tanpa [-].
- Kemudian, klik butang [Semak Status].
- Status penerimaan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan bantuan SARA adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan bantuan SARA MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Portal rasmi : https://mykasih.com.my/
- Telefon : 03-7720 1800
- e-Mel : [email protected]
Mykasih
Terima kasih atas bantuan ini dapat membantu kos perbelanjaan saya memandang kan warga emas tiada berpencen.