SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH : YANG ADA DALAM MYKAD
Sebahagian besar penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini boleh menggunakan elaun bulanan mereka untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 1,200 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh Malaysia.
Bagi memastikan perbelanjaan anda berjalan lancar, proses semakan baki SARA MyKasih amat penting dilakukan sebelum anda membuat sebarang bayaran di kaunter.
Berikut dikongsikan panduan lengkap mengenai cara semak baki bantuan SARA MyKasih, jumlah kredit terkini, serta jadual pengkreditan terus ke dalam MyKad anda.
BACA JUGA : SARA STR DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
RINGKASAN SARA MYKASIH
| PERKARA | MAKLUMAT RINGKAS |
|---|---|
| Nama Bantuan | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih |
| Kaedah Saluran | Tunjuk MyKad di kaunter / Aplikasi MyKasih |
| Lokasi Pembelian | Mydin, Lotus’s, Econsave, Giant, Speedmart, & kedai runcit terpilih |
| Semakan Baki | Aplikasi Aplikasi MyKasih (Android / iOS) |
| Portal Rasmi | https://www.mykasih.com.my/ms/ |
SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH
Baki Bantuan SARA MyKasih perlu disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merupakan contoh paparan ‘Baki semasa’ yang ada dalam MyKad penerima :

TARIKH KREDIT SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2026 dikreditkan pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| BULAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Januari | 09 – 16 Januari 2026 |
| Februari | 01 Februari 2026 |
| Mac | 01 Mac 2026 |
| April | 01 April 2026 |
| Mei | 01 Mei 2026 |
| Jun | 01 Jun 2026 |
| Julai | 01 Julai 2026 |
| Ogos | 01 Ogos 2026 |
| September | 01 September 2026 |
| Oktober | 01 Oktober 2026 |
| November | 01 November 2026 |
| Disember | 01 Disember 2026 |
JUMLAH KREDIT SARA MYKASIH 2026
Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan pada setiap bulan :
- KATEGORI BUJANG :
| BUJANG STATUS DAFTAR EKASIH | BUJANG STATUS BUKAN EKASIH |
|---|---|
| RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- KATEGORI ISI RUMAH :
| ISI RUMAH STATUS DAFTAR EKASIH | ISI RUMAH STATUS BUKAN EKASIH |
|---|---|
| RM200 setiap bulan sehingga RM2,400 setahun | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| WARGA EMAS STATUS DAFTAR EKASIH | WARGA EMAS STATUS BUKAN EKASIH |
|---|---|
| RM150 setiap bulan sehingga RM1,800 setahun | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA MYKASIH
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima SARA MyKasih, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.