BERITA BAYARAN BANTUAN STR : FASA 4 2024 SEMAKAN ONLINE
Berita baik mengenai bayaran bantuan STR Fasa 4 2024. Semakan bayaran bantuan STR Fasa 4 2024 kini boleh mula disemak di laman sesawang rasmi STR. Agihan Bantuan STR untuk Fasa 4 akan dikreditkan mulai 7 November 2024 secara berperingkat.
Berikut disertakan maklumat lengkap STR Fasa 4 2024, sebagai panduan dan rujukan anda semua.
Bagaimanakah semakan online bayaran bantuan str Fasa 4 2024? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN STR BUJANG KEMASKINI
APA ITU BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Ianya merupakan satu Program bantuan secara tunai kepada golongan yang memerlukan. Matlamat utama bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia.
Bantuan secara tunai ini akan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang menepati kriteria syarat kelayakan dan amat perlu bagi harungi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
LOG MASUK STR
Panduan lengkap Log Masuk STR adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pilih Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit), dan klik log masuk.
LUPA KATA LALUAN
Panduan lengkap apabila terlupa kata laluan MySTR adalah seperti berikut:
- Pilih log masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan Klik Log Masuk.
- Klik Terlupa Kata Laluan.
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Klik Butang.
- Semak Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang.
- Permohonan STR dan Klik Butang Seterusnya.
- Sila semak email peti mel peribadi untuk kata laluan sementara.
- Set Semula Kata Laluan Baharu :
- Isi Kata Laluan Sementara di Kotak Kata Laluan.
- Cipta Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan.
- Kembali untuk tekan log masuk.
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN STR 2024
Panduan lengkap Semakan Status Permohonan STR 2024 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya masuk, tekan pada Semakan Status. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti berikut:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika layak)
KADAR BAYARAN BANTUAN STR
Kadar bantuan bagi STR Fasa 4 2024 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 Anak 1-2 : RM 350 Anak 3-4 : RM 500 5 dan keatas: RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 150 Anak 1-2 : RM 200 Anak 3-4 : RM 250 5 dan keatas: RM 350 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 100 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR
Kaedah bayaran bantuan penerima berstatus lulus adalah seperti berikut:
- Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang berstatus lulus secara berperingkat.
- Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun, boleh menuntut bayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan secara tunai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2024
Tarikh bayaran bantuan STR Fasa 4 2024 adalah pada 7 November 2024, secara berperingkat.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Saya tidak pernah lagi dapat bantuan Selama ini dah saya tak pernah daftar apa² pn bantuan
Blm pernah daftar