SEMAK BANTUAN BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA & STR

SEMAK BANTUAN BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA & STR

Individu bujang di Malaysia juga layak menerima bantuan yang disediakan oleh Kerajaan bagi menampung kos sara hidup, dan perbelanjaan keperluan asas harian termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah semak bantuan bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MY KASIH 2026 SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN BANTUAN SARA

JENIS BANTUAN BUJANG 2026

Antara bantuan yang layak diterima oleh golongan bujang bagi tahun 2026 adalah seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUJANG 2026

Syarat Kelayakan Bantuan Bujang 2026, terdiri daripada :

KRITERIAKELAYAKAN
KategoriBujang; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak)
Had UmurBerumur 21 tahun sehingga 59 tahun;
Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU)
Kadar Pendapatan BulananBerpendapatan RM2,500 dan ke bawah
Status PengajianBukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN BUJANG 2026

Amaun bantuan yang akan diterima oleh penerima bujang yang layak adalah seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
BujangBermula tahun 2026, bayaran STR digantikan melalui Bantuan Bulanan SARA :
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
BujangAmaun Setiap Bulan (eKasih) : RM100
Total Setahun : RM1,200

Amaun Setiap Bulan (Bukan eKasih) : RM50
Total Setahun : RM600

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN BUJANG 2026

Status kelayakan bantuan bujang boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Semakan Status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Status kelayakan STR akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Bujang 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

Leave a Comment