SEMAKAN MYSTR 2025 : SEMAK STATUS FASA 1 ONLINE
Terkini! Bayaran STR 2025 Fasa 1 akan disalurkan tidak lama lagi. Tarikh akhir permohonan bagi kelayakan bayaran STR Fasa 1 2025 adalah 30 November 2025, pada jam 5.00 petang.
Pemohon boleh melakukan semakan bayaran apabila bayaran dikreditkan. Untuk mengelak permohonan berstatus tidak lulus, anda perlu melakukan semakan maklumat permohonan dan membuat penegmaskinian maklumat sekiranya terdapat perubahan makluamt terkini.
Bagaimanakah semakan status mystr 2025 fasa 1 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: KEMASKINI STR 2025 ONLINE (SEMAKAN FASA 1)
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
PERMOHONAN BANTUAN MYSTR 2025
Kaedah permohonan bantuan STR seperti berikut:
- Permohonan Secara atas Talian
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan di portal Rasmi STR, di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Permohonan Melalui Borang Kertas
- Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati di:
- Portal Rasmi STR ; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Catatan : Borang STR 2025 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
SEMAKAN MYSTR 2025
Panduan lengkap semakan status permohonan dan bayaran boleh dibuat seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
TARIKH BAYARAN MYSTR FASA 1 2025
Tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 STR 2025 belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan.
KEMASKINI PERMOHONAN
Panduan lengkap kemaskini STR 2025 secara atas talian seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Klik butang Log Masuk.
- Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”.
- Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Waris
- Kemudian, klik “Simpan”.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]