PERMOHONAN STR ONLINE 2027 : CARA DAFTAR BANTUAN STR (PANDUAN LENGKAP)
Portal Rasmi permohonan online STR 2027 kini dibuka, dan individu yang memenuhi syarat kelayakan permohonan dan bantuan boleh membuat permohonan dengan segera agar tidak terlepas pembayaran FASA 1.
Bagaimanakah permohonan str online 2027? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN STR BUJANG 2027 : CARA PERMOHONAN BANTUAN ONLINE
SYARAT PERMOHONAN STR 2027
Individu yang perlu membuat permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada :
- Individu yang TIADA dalam rekod sistem Sumbangan Tunai Rahmah (STR); atau
- Individu yang BELUM pernah menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Individu yang memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada :
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Warganegara Malaysia; Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Warganegara Malaysia; Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Bujang | Warganegara Malaysia; Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
KADAR KELAYAKAN STR 2027
Pemohon yang Lulus permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, akan menerima bayaran berdasarkan kelayakan masing-masing dengan amaun seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | KADAR SETAHUN | FASA 1, 2, 3, 4 |
|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 1 hingga 2 Anak | RM600 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 3 hingga 4 Anak | RM1,100 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 5 Anak Ke Atas | RM1,600 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | KADAR SETAHUN | FASA 1, 2, 3, 4 |
|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 1 hingga 2 Anak | RM450 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 3 hingga 4 Anak | RM700 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 5 Anak Ke Atas | RM950 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
- Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR SETAHUN | FASA 1, 2, 3, 4 |
|---|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Berusia 60 tahun ke atas) | RM600 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
- Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | BANTUAN SARA | TOTAL KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Bujang Berusia 21 sehingga 59 tahun | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM600 |
Catatan : Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima amaun tambahan secara bulanan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khusus untuk pembelian barangan asas dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
PERMOHONAN STR ONLINE 2027
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan permohonan STR 2027, anda boleh mengikut langkah-langkah permohonan secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
- Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
DAFTAR STR ONLINE 2027
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Portal MySTR atau masih belum register, berikut merupakan panduan lengkap cara register akaun pengguna untuk mengakses bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TALIAN RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem