CHECK KELAYAKAN STR FASA 4 2026 – LAYAK ATAU TIDAK
Penerima sedia ada dan pemohon baharu perlu untuk sentiasa check status kelayakan permohonan dari semasa ke semasa supaya tidak tercicir sebagai penerima yang layak menerima bayaran setiap fasa termasuk fasa yang terakhir ini (fasa 4) yang akan dibayar tidak lama lagi.
Bagaimanakah cara check kelayakan STR Fasa 4? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH STR BUJANG 2027 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 4 2026
Hanya pemohon yang menepati kriteria kelayakan sahaja akan disahkan layak sebagai penerima STR Fasa 4 2026. Berikut adalah antara kriteria kelayakan yang ditetapkan :
- Kategori Isi Rumah
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Berkahwin, atau ibu/bapa tunggal, balu, janda atau duda yang mempunyai anak menepati syarat.
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Bujang atau tiada pasangan dan tidak mempunyai anak yang menepati kategori isi rumah.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Kategori Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun, atau 19 hingga 59 tahun bagi OKU berdaftar dengan JKM.
- Bujang atau tiada pasangan dan tiada anak yang menepati syarat kategori isi rumah.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
*Nota : Untuk penerimaan bayaran Fasa 4, permohonan hanya dibuka sehingga 30 September 2026 sahaja.
CHECK KELAYAKAN STR FASA 4 2026
Ikuti panduan lengkap cara check status kelayakan permohonan STR Fasa 4 secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2027/Identity/Account/Login.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman tersebut.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR Fasa 4 anda akan dipaparkan.
- Selesai.
KOD STATUS PERMOHONAN STR 2026
Kenalpasti kod status permohonan STR yang disahkan tidak layak :
- Kod 05 : Maklumat pengenalan pasangan memerlukan pengesahan JPN.
- Kod 08 : Pemilikan kenderaan pemohon atau pasangan melebihi had yang ditetapkan.
- Kod 12 : Pendapatan pemohon atau pasangan melebihi had kelayakan.
- Kod 28 : Maklumat status perkahwinan berbeza daripada rekod JPN.
- Kod 36 : Pemohon dikenal pasti sebagai pelajar IPT sepenuh masa.
- Kod 39 : Rekod pendaftaran perniagaan aktif dengan pendapatan yang berkaitan tidak memenuhi syarat kelayakan.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2026
Jika disahkan layak, setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima bayaran STR Fasa 4 dengan jumlah yang ditetapkan mengikut kategori seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi rumah B40 | RM150 (tiada anak) RM300 (1-2 anak) RM400 (3-4 anak) RM500 (>5 anak) |
| Isi rumah M40 | RM0 (tiada anak) RM50 (1-2 anak) RM150 (3-4 anak) RM250 (>5 anak) |
| Warga Emas | RM150 |
| Bujang | RM0 |
PERTANYAAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
☎️ Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
📱 E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.