BANTUAN STR BUJANG 2027 : CARA PERMOHONAN BANTUAN ONLINE

BANTUAN STR BUJANG 2027 : CARA PERMOHONAN BANTUAN ONLINE

Ramai masih keliru tentang pelaksanaan STR BUJANG 2027. Untuk makluman, STR BUJANG masih diteruskan dan WAJIB membuat permohonan sekiranya ingin menerima bantuan Kerajaan ini. Walau bagimanapun, hanya kaedah pembayaran sahaja yang digantikan dengan kaedah pembayaran melalui program SARA.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan str bujang 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: KEMASKINI BANTUAN STR 2027 : CARA KEMASKINI DI MYSTR

SYARAT BANTUAN STR BUJANG

Syarat dan kelayakan permohonan STR Bujang 2027, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); dan
  • Berumur 21 sehingga 59 tahun; atau
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS) sepenuh masa; dan
  • Pendapatan bulanan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Info penting :

  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) IPTA atau IPTS yang menuntut secara sepenuh masa (full-time) TIDAK LAYAK membuat PERMOHONAN STR BUJANG 2027.
  • Walau bagaimanapun, pelajar pengajian sambilan (part-time), separuh masa yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri bawah RM2,500 adalah LAYAK untuk memohon.
  • Hanya individu Bujang yang LULUS PERMOHONAN STR akan menerima bayaran yang digantikan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

AMAUN BANTUAN STR BUJANG

Pemohon baharu atau penerima sedia ada BANTUAN STR BUJANG yang berstatus ‘Lulus’, akan menerima bantuan STR dengan kaedah pembayaran yang digantikan melalui PROGRAM SARA dengan jumlah bayaran diberikan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BULANANKADAR KELAYAKAN SETAHUN
Bujang
(Miskin/ Miskin Tegar eKasih)
RM100 Setiap Bulan

(Januari sehingga Disember)
RM1,200
Bujang
(Bukan Miskin / Miskin Tegar eKasih)
RM50 Setiap Bulan

(Januari sehingga Disember)
RM600

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN STR BUJANG

Berikut merupakan jadual rasmi pembayaran BANTUAN STR BUJANG (SARA) 2027 :

BULAN BAYARANBUJANG
(EKASIH)
BUJANG
(BUKAN EKASIH)
JanuariRM100RM50
FebruariRM100RM50
MacRM100RM50
AprilRM100RM50
MeiRM100RM50
JunRM100RM50
JulaiRM100RM50
OgosRM100RM50
SeptemberRM100RM50
OktoberRM100RM50
NovemberRM100RM50
DisemberRM100RM50
TOTALRM1,200RM600

CARA PENGKREDITAN DUIT STR BUJANG

Kaedah pengkreditan BANTUAN BUJANG adalah BERBEZA dengan kategori lain, dimana individu bujang akan menerima pembayaran yang digantikan melalui Program SARA secara tanpa tunai (cashless) seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMANFAAT/KEGUNAAN
MyKad (Kad Pengenalan)Boleh digunakan untuk penebus/perbelanjaan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA, di kedai atau pasar raya berdaftar

PERMOHONAN BANTUAN STR BUJANG

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan STR Bujang 2027, anda boleh membuat permohonan STR secara online di Portal Rasmi MySTR seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  7. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  8. Isikan Maklumat pemohon :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
    • Pekerjaan;
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  9. ⁠Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  10. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  11. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  12. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  13. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  15. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  16. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  17. Muat naik dokumen Sokongan.
  18. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  19. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  20. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  21. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  22. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  23. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  24. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  25. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  26. ⁠Selesai.

Info Penting : Hanya individu bujang yang LULUS permohonan STR sahaja akan menerima elaun bulanan SARA

BORANG PERMOHONAN BANTUAN STR

Berikut merupakan borang permohonan STR 2027 (BK-01) :

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem

Leave a Comment