SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF (2024 ONLINE RM300/RM150)
Terkini! Bantuan sekali bayar SARA one off (RM300/RM150) akan disalurkan secara Tunai kedalam akaun bank penerima pada minggu hadapan.
Penerima bantuan STR BUKAN dari golongan Miskin/Miskin eKasih juga layak untuk menerima bantuan tambahan Kerajaan Madani ini. Oleh itu anda hendaklah membuat semakan bantuan, semakan boleh dilakukan disini secara online.
Bagaimanakah semakan bayaran sara one off 2024? Ikuti maklumat lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)
APA ITU BANTUAN TUNAI TAMBAHAN SARA ONE OFF
SARA one off 2024 merupakan bantuan tambahan secara TUNAI yang disediakan oleh Kerajaan Madani, dimana ianya disediakan kepada kesemua penerima bantuan STR 2024 (kumpulan B40 dan M40), dan kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024.
Berbeza dengan Program SARA MyKasih sebelum ini, dimana bantuan hanya terhad kepada mereka yang terdiri daripada kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih, iaitu mereka yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Kaedah penyaluran bayaran SARA one off adalah secara Tunai, sama seperti STR, manakala SARA MyKasih sebelum ini disalurkan melalui kaedah MyKad dengan tujuan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit yang berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus.
SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF
Panduan lengkap semakan status SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
JUMLAH MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan & Bujang | RM 150 |
TARIKH MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR.
Kaedah Penyaluran bantuan sara one off ini adalah sama seperti bantuan STR, dimana pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Semakan
Saya dapat tak duit sara
Sy dapat tak bantuan Sara one off
Saya dapat tak bantuan sara One off