PERMOHONAN MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)
Berita Terkini! Penerima Bantuan STR 2025 yang terdiri daripada golongan Miskin Tegar eKasih layak menerima bantuan ini secara automatik.
Untuk melayakkan anda menerima bantuan ini serta pelbagai inisiatif bantuan Kerajaan yang lain, anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar eKasih (bagi golongan Miskin Tegar), dan kemudian membuat permohonan bantuan STR.
Bagaimanakah pendaftaran dan semakan MyKasih 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SKAS SARAWAK PERMOHONAN ONLINE (APPLICATION BANTUAN 2025)
APA ITU MYKASIH
MyKasih merupakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di dibawah program MyKasih Foundation dan kerjasama bersama pihak Kerajaan bagi memenuhi keperluan asas individu.
Bantuan ini adalah secara tanpa tunai (cashless) dimana bantuan akan disalurkan kedalam MyKad pemohon. Wang tanpa tunai ini akan digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan asas harian seperti makanan, dan barangan keperluan lain termasuklah kelengkapan persekolahan. Penerima bantuan akan membuat transaksi bayaran di kedai-kedai yang berdaftar dengan menggunakan MyKad.
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima bantuan STR dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih. Oleh itu pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon bantuan STR dan berdaftar dengan eKasih (golongan miskin) kemudian menerima bantuan ini secara automatik.
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR MYKASIH 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PERMOHONAN MYKASIH RM100
Bantuan SARA/Mykasih ini perlulah terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berstatus Miskin Tegar eKasih. Hal ini bermaksud pemohon mestilah mendaftar dan berstatus lulus eKasih dan MySTR.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN MYKASIH RM100
Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
- Kemudian anda hendaklah melakukan permohonan STR.
Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
TALIAN BANTUAN PERMOHONAN EKASIH
Berikut merupakah senarai talian yang boleh dihubungi untuk pendaftaran eKasih, mengikut negeri masing-masing:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
KADAR BANTUAN
Bantuan SARA mestilah penerima bantuan STR dan berstatus Miskin Tegar eKasih. Bayaran akan dilakukan secara berperingkat.
Jumlah bantuan SARA 2025 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
TARIKH MASUK BAYARAN MYKASIH
Bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima. Penerima boleh membuat pembayaran MyKasih di dalam premis yang terpilih dengan menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas.
SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH 2025
Semakan status dan kelayakan bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.
saya hendak memohon bantuan ekasih pada tahun 2025 inii..kerna hanya saya seorang yg bekerja,dlm keluarga saya harap maklum
Saya warga emas , boleh ke saya mohon my ekasih , saya dapat STR
Tolong bantu saya
Saya ingin memohon Bantuan Ekasih pada tahun 2025 ini, kerana sebelom ini saya tidak tahu cara-cara untuk memohon;
Sebab2 untuk memohon;
1) Bekerja Seorang
2)Menyara Keluarga
3)Banyak Bill yang Tertangguh
Saya pun mau bantuan
adakah penerima mykasih 2024 automatik dapat 2025?atau harus menghantar permohonan baru
Saya baru tahu
Assalamualaikum sye nak mohon mykasih sebab pendapat kurang sebab sye kerja sorang nak tanggung keluarga
Kekurangan pendapat
Sy tahun 2018 Last dapat lepas tu skrg sy dh cuba daftar byk kali tpi x blh di daftar semula sdh 7 tahun husband tinggalkan sy semasa ni sy kena tanggungan anak2 sy
Kekurangan pendapat