MYKASIH 2025 REGISTRATION ONLINE (APPLICATION FORM BANTUAN SARA)Kerajaan terus menambahbaik program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui kerjasama dengan MyKasih Foundation, demi memberi manfaat kepada lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Pada tahun 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka akan memanfaatkan lebih 5.4 juta penerima sedia ada yang Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih TERMASUK PENERIMA BAHARU berstatus BUKAN miskin, iaitu penerima Bantuan STR.
Bagaimanakah registration mykasih 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
APA ITU MYKASIH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih merupakan bantuan tambahan untuk membantu meringankan bebanan kewangan serta untuk membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas setiap bulan. Pada tahun 2023 dan 2024, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) HANYA diperuntukan kepada golongan yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Namun, Kerajaan telah menambahbaik program ini pada tahun 2025 dimana mereka yang BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih juga layak menerima bantuan ini jika mereka merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bantuan ini adalah secara tanpa tunai (cashless) dimana bantuan akan disalurkan kedalam MyKad pemohon untuk membeli barangan keperluan asas harian seperti makanan, dan barangan keperluan lain termasuklah kelengkapan persekolahan di kedai-kedai yang berdaftar MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN REGISTRATION MYKASIH 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
MYKASIH REGISTRATION 2025 ONLINE
Bantuan SARA/Mykasih ini perlulah terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berstatus Miskin Tegar eKasih. Hal ini bermaksud pemohon mestilah mendaftar dan berstatus lulus eKasih dan MySTR.
Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
- Kemudian anda hendaklah melakukan permohonan STR.
Permohonan str 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
TALIAN BANTUAN PERMOHONAN EKASIH ONLINE
Berikut merupakah senarai talian yang boleh dihubungi untuk pendaftaran eKasih, mengikut negeri masing-masing:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
KADAR BANTUAN MYKASIH 2025
Bantuan SARA mestilah penerima bantuan STR dan berstatus Miskin Tegar eKasih.
Bayaran akan dilakukan secara berperingkat.
Jumlah bantuan SARA 2025 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Manakala, penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar, bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.
KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH 2025
Penyaluran bantuan akan dilakukan secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima yang berdaftar di eKasih/MySTR. Penerima boleh membuat pembayaran barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad di kedai atau pasaraya terpilih.
SEMAKAN REGISTRATION BANTUAN MYKASIH ONLINE
Status kelayakan bantuan dan bayaran boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
KAEDAH PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MYKASIH
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.