BANTUAN RM200 DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS
Kini, hampir 700,000 ribu penerima yang tersenarai dan secara automatik layak untuk menerima pengkreditan bantuan sebanyak RM200 dalam IC yang boleh digunakan untuk pembelian barang dapur dan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status Bantuan RM200 dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS MYKASIH SARA 2026
KEGUNAAN BANTUAN RM200 DALAM IC
Dengan bantuan sebanyak RM200 dikreditkan dalam IC boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti berikut :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Makanan Sejuk beku :
- Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya
- Barang makanan ringan :
- Roti, biskut, bijirin dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM200 DALAM IC
Pembayaran bantuan sebanyak RM200 dikreditkan dalam IC penerima mengikut tarikh seperti berikut :
- ✅ 09/01/2026 (Jumaat) = RM200.
- ✅ 01/02/2026 (Ahad) = RM200.
- ✅ 01/03/2026 (Ahad) = RM200.
- ✅ 01/04/2026 (Rabu) = RM200.
- ✅ 01/05/2026 (Jumaat) = RM200.
- 🔜 01/06/2026 (Isnin) = RM200.
- 🔜 01/07/2026 (Rabu) = RM200.
- 🔜 01/08/2026 (Sabtu) = RM200.
- 🔜 01/09/2026 (Selasa) = RM200.
- 🔜 01/10/2026 (Khamis) = RM200.
- 🔜 01/11/2026 (Ahad) = RM200.
- 🔜 01/12/2026 (Selasa) = RM200.
SIAPA LAYAK BANTUAN RM200 DALAM IC
Hanya mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah akan menerima Bantuan RM200 dalam IC :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua isi rumah (KIR);
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) :
- Miskin : RM2,705 dan ke bawah.
- Miskin Tegar : RM1,198 dan ke bawah.
- Tersenarai dalam rekod data e-Kasih;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
*Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM200 DALAM IC 2026
Untuk mengetahui status kelayakan layak atau tidak sebagai penerima Bantuan Dalam IC, ikuti panduan semakan lebih lengkap di bawah :
- Sila layari pautan rasmi di sini : https://sara.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800530112345.
- Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Tandakan pada kotak [ ] I’m not a robot.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi SARA : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.