BANTUAN MYSARA ONLINE 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Tanpa perlu menghadiri secara fizikal di kaunter pasar raya atau kedai berdaftar Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), status kelayakan sama ada layak atau tidak menerima bantuan bulanan dalam bentuk barangan keperluan asas boleh di semak dengan mudah melalui Portal Rasmi SARA.
Bagi anda yang ingin menyemak status kelayakan, mengetahui kadar bantuan terkini, serta cara membuat permohonan Bantuan MySARA Online 2026, ikuti panduan lengkap di bawah.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan mysara online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: E KASIH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN RM200 SETIAP BULAN
SYARAT KELAYKAN BANTUAN MYSARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
JUMLAH BANTUAN MYSARA 2026
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan Total Setahun : RM2,400 | RM100 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,200 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,800 | RM50 Setiap Bulan Total Setahun : RM600 |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,200 | RM50 Setiap Bulan Total Setahun : RM600 |
SEMAK STATUS BANTUAN MYSARA ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
CARA GUNA BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN MYSARA
Untuk makluman, kelayakan penerima adalah secara automatik menerusi data permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sekiranya, anda merupakan penerima STR, anda akan turut menerima bantuan SARA secara automatik;
Bagi mereka yang belum mendaftar STR 2026, anda perlu :
- Buat permohonan baharu di Portal Rasmi MySTR.
- Bagi mereka yang berpendapatan bawah garis kemiskinan tetapi belum berdaftar eKasih, sila hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah berhampiran untuk borang bancian eKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Penafian : Penulisan ini disediakan untuk tujuan panduan umum sahaja berdasarkan sumber sahih Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan Portal Rasmi SARA bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca. Sebarang semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).