PORTAL SEMAK BAYARAN SARA : CHECK DUIT MASUK BANTUAN ONE OFF RM300/RM150
Untuk pengetahuan umum, terdapat tiga (3) cara pembayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) iaitu secara ansur setiap bulan, secara ansur dua (2) kali setahun dan akhir sekali secara one off (sekaligus).
Pembayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara one off pula akan mula dimasukkan pada 9 DISEMBER 2024, Isnin ini dan secara berperingkat ke dalam akaun bank 8 juta penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan SARA one off melalui portal? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN MYKASIH RM100 (BANTUAN SARA)
PORTAL SEMAK BAYARAN SARA
Ikuti panduan semakan bayaran Bantuan SARA secara one off melalui portal rasmi berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Semakan SARA | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Bantuan SARA di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
TARIKH SEMAK BAYARAN SARA
Kesemua 8 juta penerima yang disahkan layak boleh mula membuat semakan bayaran Bantuan SARA secara one off bermula pada 9 DISEMBER 2024, ISNIN ini melalui portal rasmi. Namun, Bantuan SARA akan dibayar berperingkat daripada tarikg tersebut mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
KADAR BAYARAN SARA ONE OFF
Kerajaan akan membayar Bantuan SARA secara one off kepada 8 juta penerima dengan kadar yang berlainan (bergantung kelayakan) seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | KADAR BAYARAN SARA |
---|---|
ISI RUMAH | RM300 Ketua Isi Rumah |
BUJANG | RM150 Setiap Individu |
BILANGAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF
Pembayaran Bantuan SARA secara one off akan melibatkan golongan isi rumah dan bujang dengan bilangan penerima seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
ISI RUMAH | 3.5 juta penerima |
BUJANG | 4.5 juta penerima |
KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF
Bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran Bantuan SARA one off, terdapat dua (2) kaedah pembayaran iaitu melalui :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN SARA |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima |
Penerima Tiada Akaun Bank | Diberikan di kaunter Bank Simpanan Nasional |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak untuk rujukan lanjut di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
Terbaik
Apa maksud one of tak faham? untuk bujang ada tak???