SKAS SARAWAK SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 2026
Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenalkan inisiatif bantuan kewangan khas iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Program ini disasarkan khas kepada rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan asas makanan.
Bagi anda yang ingin mengetahui status kelayakan, jumlah agihan kewangan mengikut kategori, serta jadual pengkreditan menerusi dompet digital S PAY GLOBAL, berikut adalah panduan lengkap mengenai SKAS Sarawak semakan secara rasmi dalam talian.
Baca juga: MY KASIH 2026 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
APA ITU SKAS SARAWAK?
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS Sarawak) merupakan bantuan khusus Kerajaan Sarawak yang disalurkan kepada penerima yang tersenarai sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi kategori rakyat Sarawak (pemegang MyKad berstatus ‘K’).
Bantuan ini dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui aplikasi dompet digital rasmi Negeri Sarawak, S PAY GLOBAL. Bermula tahun 2026, program bantuan kewangan ini ditambah baik dengan peningkatakan kadar peruntukan sebanyak RM640 juta, dan akan memanfaatkan seramai lebih 1 juta penerima.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SKAS SARAWAK
Penerima bantuan tidak perlu membuat permohonan baharu kerana kelayakan secara automatik berdasarkan penerima STR 2026 yang memenuhi syarat berikut :
Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak;
- Pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kriteria & Kelayakan :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Bekahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda; Mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda; Tiada Anak; Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda Tiada Anak/Tanggungan; Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Had umur adalah 21-59 tahun; atau Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
KADAR BAYARAN SKAS SARAWAK 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diagihkan secara berfasa kepada penerima yang layak dengan jumlah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM316 | RM424 | RM360 | RM1,100 |
| Warga Emas | RM166 | RM234 | RM200 | RM600 |
| Bujang | RM100 | RM150 | RM125 | RM375 |
TARIKH & JADUAL PENGKREDITAN SKAS SARAWAK
Pengkreditan bantuan SKAS 2026 dilaksanakan secara berfasa sebanyak tiga (3) kali setahun terus ke akaun S PAY GLOBAL penerima :
| FASA PEMBAYARAN SKAS | TARIKH PENGKREDITAN RASMI |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 |
| Fasa 3 | 10 November 2026 |
SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK ONLINE
Semakan status kelayakan boleh dibuat secara rasmi di portal Kerajaan Negeri Sarawak melalui panduan langkah demi langkah di bawah :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
- Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori SKAS (SKAS Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM1,100 |
Nota Penting: Kelayakan penerima SKAS ditentukan secara automatik berdasarkan pangkalan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
CARA GUNA SKAS SARAWAK
Bagi penerima yang disahkan layak, bayaran bantuan boleh diakses seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN | MANFAAT/CARA GUNA |
|---|---|---|
| Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global | Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar. Contoh : Makan asas : beras, tepung, minyak masak. |
MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak dan kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan SKAS Sarawak Semakan. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca.