STR FASA 3 2026 : TARIKH BAYARAN, SEMAKAN STATUS & CARA MOHON

STR FASA 3 2026 : TARIKH BAYARAN, SEMAKAN STATUS & CARA MOHON

Program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Kerajaan Malaysia Madani, diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kos sara hidup.

Bagi anda yang ingin membuat permohonan, rayuan, atau menyemak kelayakan, berikut adalah panduan lengkap mengenai STR Fasa 3 2026 merangkumi, jadual dan tarikh bayaran, syarat kelayakan, serta langkah demi langkah semakan status secara online.

Baca juga: STR 2026 FASA 3 : CARA MOHON & SEMAK KELAYAKAN

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026

Berikut merupakan tarikh bayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :

FASA PEMBAYARANTARIKH RASMI PEMBAYARAN
STR Fasa 3 202615 Ogos 2026, Sabtu

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2026

Syarat dan kriteria kelayakan untuk menerima STR Fasa 3 2026 dibahagikan mengikut 3 kategori utama :

  1. Kategori Isi Rumah
    • Status Perkahwinan : Berkahwin (ada atau tiada anak); ATAU
    • Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
    • Had Umur: Tiada had umur.
    • Pendapatan Bulanan: RM5,000 dan ke bawah.
  2. Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan
    • Status : Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tiada anak);
    • Had Umur : 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Bulanan: RM5,000 dan ke bawah;
  3. Kategori Bujang
    • Status : Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tiada anak);
    • Had Umur : 21 hingga 59 tahun (atau 19 hingga 59 tahun bagi golongan OKU);
    • Pendapatan Bulanan: RM2,500 dan ke bawah;
    • Syarat Tambahan: Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.

KADAR KELAYAKAN & JUMLAH STR FASA 3

Kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 diberikan mengikut kategori pendapatan serta bilangan anak tanggungan :

  • Kategori Isi Rumah :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SETAHUN
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM300
Anak 3 hingga 4 : RM450
Anak 5 dan Ke atas : RM600
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM0
Anak 1 hingga 2 : RM150
Anak 3 hingga 4 : RM200
Anak 5 dan Ke atas : RM250
  • Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SETAHUN
Warga Emas Tiada Pasangan (Bujang)

(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM150
  • Kategori Bujang :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SETAHUN
Bujang (Berumur 21-59 tahun)Bayaran akan disalurkan menerima Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan
(Total RM600 setahun)

JADUAL BAYARAN STR 2026 MENGIKUT FASA

Pembayaran bantuan STR dilaksanakan secara berfasa sepanjang tahun 2026 :

FASA BAYARANTARIKH BAYARANSTATUS
Fasa 120 Januari 2026Selesai
Fasa 210 Mac 2026Selesai
Fasa 315 Ogos 2026Mula dilaksanakan secara berperingkat
Fasa 4Akan dikemaskini

SEMAK KELAYAKAN STR 2026

Bagi penerima sedia ada mahupun pemohon baharu, anda boleh menyemak kelulusan permohonan STR Fasa 3 2026 menerusi langkah berikut :

  1. Layari portal rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan klik butang Semak.
  3. Sahkan Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan.
  4. Masukkan Kata Laluan akaun MySTR anda, kemudian klik Log Masuk.
  5. Selepas masuk ke Dashboard, pilih menu Semakan Permohonan.
  6. Keputusan status kelayakan dan jumlah bayaran STR Fasa 3 2026 anda akan dipaparkan.

CARA MOHON STR FASA 3 2026 SECARA ONLINE

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk menghantar permohonan baharu secara atas talian (online) :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Pilih Permohonan Baharu : Pada halaman utama, klik butang Permohonan Baharu.
  3. Pilih Mod Pengesahan : Klik Ya, Teruskan untuk meneruskan permohonan tanpa MyDigital ID.
  4. Semakan Nombor MyKad : Isikan Nombor Kad Pengenalan anda dan tekan Semak.
  5. Lengkapkan Maklumat Peribadi: Isikan Alamat e-mel, Nombor Telefon, Maklumat Pekerjaan, Pendapatan Kasar Bulanan, serta Nombor Akaun Bank yang aktif.
  6. Isi Maklumat Pasangan & Anak (Jika Ada) : Masukkan butiran lengkap maklumat pasangan dan anak tanggungan.
  7. Muat Naik Dokumen Sokongan : Lampirkan salinan dokumen yang diperlukan.
  8. Pengesahan Captcha & Hantar : Isikan kod Captcha dengan betul, kemudian klik Hantar.
  9. Cetak Resit Permohonan : Simpan atau cetak salinan permohonan sebagai rujukan.

CARA PENYALURAN DUIT STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank : Bagi pemohon yang mendaftarkan maklumat akaun bank yang aktif (akaun sendiri atau pasangan); ATAU
  • Penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau menerima status Gagal Kredit.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 3 2026

  • Apakah yang perlu dibuat jika bayaran berstatus Gagal Kredit?
    • Penerima perlu melepasi tempoh pemprosesan dan hadir ke kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan membawa MyKad untuk urusan penunaian secara terus.

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN

ihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR dan kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan STR Fasa 3 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca.

Leave a Comment