BORANG PERMOHONAN MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)

BORANG PERMOHONAN MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)

Bagi mengurangkan bebanan kewangan rakyat, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa inisiatif MyKasih Bantuan Sara RM100 setiap bulan akan ditambah baik dan diperluaskan kepada lebih ramai yang layak agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat.

Bagaimanakah permohonan mykasih rm100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN MYKASIH RM1200 (REGISTER BANTUAN SARA)

TEMPOH PENERIMAAN MYKASIH RM100

Penerimaan MyKasih Bantuan Sara RM100 setiap bulan adalah selama tempoh yang ditetapkan seperti berikut :

  • Penerima berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar :
    • Dikreditkan RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember 2025).
  • Penerima tidak berdaftar dengan e-Kasih yang berstatus Bukan Miskin :
    • Dikreditkan RM100 setiap bulan selama tempoh 9 bulan (April hingga Disember 2025).

KELAYAKAN PERMOHONAN MYKASIH RM100

Antara kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan MyKasih Bantuan Sara RM100 setiap bulan adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (kategori isi rumah);
  • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA PENERIMAAN MYKASIH RM100

Setiap penerima yang disahkan lulus dan layak akan menerima bayaran MyKasih Bantuan Sara secara ansur berperingkat setiap bulan melalui pengkreditkan ke dalam akaun nombor kad pengenalan dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan kad pengenalan sahaja.

BORANG PERMOHONAN MYKASIH RM100

Sila muat turun borang permohonan di bawah dengan klik butang [Download].

  • Panduan permohonan MyKasih RM100 secara manual :
    1. Setelah berjaya muat turun borang permohonan.
    2. Pemohon perlu mencetak borang tersebut.
    3. Isikan segala maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut dengan lengkap.
    4. Lampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
    5. Hantar borang tersebut ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHND) terdekat.
    6. Selesai.

PERMOHONAN MYKASIH RM100 SECARA ONLINE

Bagi memudahkan rakyat, kerajaan juga membuka portal permohonan rasmi.

  • Panduan permohonan MyKasih secara online :
    1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
    3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
    4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
    5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
    6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
    7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
    8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
    9. Selesai.

DAFTAR MYKASIH RM100

Untuk penerimaan MyKasih Bantuan Sara RM100 setiap bulan, selain daripada permohonan, pemohon juga perlu mendaftarkan diri seperti berikut :

  • Panduan pendaftaran MyKasih :
    1. Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
    2. Melalui telefon; atau
    3. Surat; atau
    4. e-mel rasmi; atau
    5. Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

    RUJUKAN

    Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak untuk rujukan lanjut di bawah :

    1 thought on “BORANG PERMOHONAN MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)”

    Leave a Comment