PERMOHONAN MYKASIH RM1200 2025 (REGISTER BANTUAN SARA)
Bantuan Sara (Sumbangan Asas Rahmah) di bawah Program MyKasih akan diteruskan lagi pada tahun 2025 dengan menyasarkan kepada lebih ramai penerima yang layak merangkumi isi rumah dan juga bujang di seluruh Malaysia supaya lebih ramai yang dapat menikmati manfaat ini.
Bagaimanakah cara permohonan mykasih rm1200? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF RM300/RM150
PENGENALAN MYKASIH 2025
Program MyKasih pada awalnya diperkenalan oleh NGO tempatan iaitu Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang berstatus miskin dan miskin tegar.
Setelah itu, Kerajaan Madani memperuntukan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk disalurkan di bawah program MyKasih sebagai bantuan tambahan. Namun ianya disalurkan secara ansur sepanjang tahun 2025 bagi membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas rakyat.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON MYKASIH RM1200 2025
Untuk memohon MyKasih Bantuan Sara berjumlah RM1,200 bagi tahun 2025, pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025, Kategori Isi rumah / warga emas;
- Pendapatan di bawah garis PGK semasa;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
PERMOHONAN MYKASIH RM1200 2025
Ikuti panduan permohonan untuk penerimaan Bantuan MyKasih RM1,200 seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan].
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Selain daripada permohonan dibuat, pemohon juga perlu mendaftarkan diri sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
PENDAFTARAN MYKASIH RM1200 2025
Ikuti panduan pendaftaran seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak untuk rujukan lanjut di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Orang susah
orang susah
ORANG SUSAH
Ingin mohon mykasih