SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Terkini! Bayaran bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off yang disediakan oleh Kerajaan Madani, akan disalurkan pada hari esok (isnin).

Namun, masih ramai yang belum mengetahui cara semakan bantuan ini, dan semakan kini boleh dilakukan secara atas talian.

Bagaimanakah semakan bayaran sumbangan asas rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca juga: PERMOHONAN SARA MYKASIH RM100 (2025 REGISTER ONLINE)

PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) ONE OFF

Bantuan tunai tambahan STR iaitu SARA one off, merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Madani, khusus kepada semua penerima bantuan STR 2024 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar).

Penerima bantuan STR 2024, yang berstatus LULUS sahaja layak menerima bantuan tunai tambahan ini.
Kaedah penyaluran wang bantuan adalah secara TUNAI iaitu sama seperti bantuan STR, sama ada pengkreditan kedalam bank akaun pendaftar/penerima atau secara penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di cawangan berdekatan, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ONE OFF

Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:

  • LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang seperti STR.

CARA MOHON SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus. Untuk semakan status pembayaran dan kelulusan SARA, ia boleh dibuat melalui kaedah yang sama seperti STR.

CARA SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

KADAR BANTUAN

Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 300
Warga emas tiada pasanganRM 150
BujangRM 150

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan ini adalah sama seperti STR iaitu:

  • Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR.
  • Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

4 thoughts on “SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)”

  1. Assalamualaikum nama saya Pn Junaidah Binti Harun saya seorang Suri rumah mempunyai 2 orang anak Masih sekolah tingkatan Soalan saya adakah saya layak untuk sara one off

    Reply

Leave a Comment