MY SARA SEMAKAN 2026 : STATUS KELAYAKAN BAYARAN BULANAN
Menerusi Belanjawan 2026, Kerajaan Malaysia telah memperluas saluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA / My SARA) untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Program bantuan bantuan tanpa tunai (cashless) ini disalurkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak setiap bulan.
Bagi anda yang ingin membuat My SARA semakan 2026, artikel ini menyediakan maklumat rasmi mengenai syarat kelayakan, kadar bantuan mengikut kategori, jadual pembayaran bulanan, serta panduan langkah demi langkah untuk menyemak status permohonan anda secara dalam talian.
Baca juga: SKAS SARAWAK SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 2026
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MY SARA 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 diberikan secara automatik kepada penerima yang memenuhi kriteria kelayakan berikut :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
AMAUN BAYARAN BULANAN MY SARA
Jumlah elaun My SARA 2026 dikreditkan ke dalam MyKad penerima pada setiap bulan mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN CASHLESS MYKAD
Bantuan My SARA 2026 disalurkan secara cashless kepada penerima yang layak :
| KAEDAH PEMBAYARAN | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
Penggunaan : Boleh digunakan untuk membeli 15 kategori barangan keperluan asas (seperti beras, minyak masak, telur, biskut, mi, dan barangan kebersihan diri) di kedai runcit dan pasar raya rakan niaga MyKasih yang berdaftar.
TARIKH & JADUAL PEMBAYARAN MY SARA
Pengkreditan elaun My SARA 2026 berjalan selama 12 bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan :
| TARIKH PENGKREDITAN | TARIKH AKHIR / LUPUT KREDIT |
|---|---|
| 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 | 31/12/2026 |
Peringatan: Baki kredit yang belum digunakan pada bulan semasa akan dibawa ke bulan berikutnya. Namun, semua baki kredit akan luput secara automatik pada 31 Disember 2026.
SEMAKAN STATUS MY SARA ONLINE
Bagi membuat semakan status sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK menerima elaun bantuan ini, sila ikuti langkah berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik Semak Permohonan STR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan My SARA Semakan 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.