BELANJAWAN 2025 PDF : DOWNLOAD / MUAT TURUN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2025 akan dibentangkan tidak lama lagi. Menurut kenyataan PM, jangkaan Belanjawan 2025 adalah pada 18 Oktober 2024. Segala perubahan tarikh akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat. Orang ramai boleh bersedia dan memberi cadangan untuk pembentangan belanjawan akan datang.
Bagaimanakah belanjawan 2025 pdf download / muat turun? Panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH ONLINE (2024)
TEMA BELANJAWAN 2025
Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 yang berlangsung pada 9 Julai 2024 merupakan titik permulaan Kerajaan untuk mengambil maklum balas serta cadangan daripada semua lapisan masyarakat bagi merangka Belanjawan Negara.
Selaras dengan tema, “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada Ekonomi MADANI, sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang berhasrat untuk menaikkan siling potensi ekonomi negara dan lantai mutu kehidupan rakyat. Bagi menjayakan reformasi ekonomi negara, Belanjawan 2025 juga akan menumpu kepada usaha penambahbaikan tatakelola untuk meningkatkan kecekapan sektor awam dan menoktahkan budaya rasuah.
BELANJAWAN 2025 PDF
Belanjawan 2025 akan dibentangkan tidak lama lagi. Orang ramai boleh muat turun PDF selepas pembentangan dibuat dengan mengikuti panduan di bawah:
- Layari laman web Khas Belanjawan di https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.
- Scroll ke bawah dan klik [Ucapan Belanjawan].
- Muat turun PDF Belanjawan 2025.
- Selesai.
Orang ramai dialu-alukan untuk memberi cadangan dan pendapat bagi Belanjawan 2025 untuk memperkasa Malaysia MADANI. Berikut merupakan cara mengemukakan cadangan belanjawan melalui online:
- Layari laman web Khas Belanjawan di https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.
- Klik [Selanjutnya] pada paparan iklan Belanjawan 2025.
- Lengkapkan maklumat di setiap halaman iaitu Halaman (1), (2) dan (3).
- Kemukakan cadangan belanjawan dan muat naik dokumen sokongan sekiranya ada.
- Seterusnya, tekan butang [Hantar].
- Cadangan anda dihantar dan akan dipertimbangkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Belanjawan 2025, boleh rujuk pihak berwajib di:
- Portal rasmi Kementerian Kewangan : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
- No. Telefon : 03-8000 8000
- No. Faks : 03-8882 3893/03-8882 3894
- E-mel : http://www.treasury.gov.my/