SEMAKAN SARA BULANAN 2026 : BAYARAN DALAM MYKAD

SEMAKAN SARA BULANAN 2026 : BAYARAN DALAM MYKAD

Kerajaan Malaysia meneruskan penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan bagi tahun 2026. Bagi anda yang ingin membuat Semakan SARA bulanan 2026, pengkreditan bantuan ini dilakukan secara terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima bermula bulan Januari 2026.

Artikel panduan lengkap ini menyediakan maklumat terperinci mengenai langkah semakan SARA bulanan 2026, syarat kelayakan, jadual bayaran, dan kadar bantuan harian mengikut kategori.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN SYUKUR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

APA ITU SARA BULANAN?

SARA Bulanan atau rasminya adalah Sumbangan Asas Rahmah yang diberikan setiap bulan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memenuhi keperluan asas harian seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan dan sebagainya di lebih 10,000 rakan niaga berdaftar di seluruh negara.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SARA BULANAN 2026

Bagi membolehkan anda lulus dalam semakan SARA bulanan 2026, penerima tertakluk kepada kriteria kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) yang berstatus Lulus.
  • Tersenarai sebagai miskin atau miskin tegar mengikut pangkalan data eKasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat / ICU JPM) atau pangkalan data STR.

TARIKH KREDIT SARA BULANAN 2026

Bantuan SARA Bulanan akan dikreditkan sebulan sekali pada tarikh berikut :

  • 9 & 16 Januari 2026.
  • 1 Februari 2026.
  • 1 Mac 2026.
  • 1 April 2026.
  • 1 Mei 2026.
  • 1 Jun 2026.
  • 1 Julai 2026.
  • 1 Ogos 2026.
  • 1 September 2026.
  • 1 Oktober 2026.
  • 1 November 2026.
  • 1 Disember 2026.

JUMLAH KREDIT SARA BULANAN 2026

Setiap kategori penerima miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin akan terima jumlah Bantuan SARA Bulanan yang berbeza seperti berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM200 setiap bulan.
    • Warga Emas : RM150 setiap bulan.
    • Bujang : RM100 setiap bulan.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan.
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan.
    • Bujang : RM50 setiap bulan.

SEMAKAN SARA BULANAN 2026

Untuk tahu status anda sama ada layak atau tidak sebagai penerima bayaran Bantuan SARA Bulanan bagi tahun 2026, rujuk cara semakan yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari laman sesawang rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Masukkan Nombor MyKad anda pada ruang kosong itu.
    • *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
  6. Tandakan pada kotak [Verify as human].
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan anda sebagai penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

*Penafian : Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk berdasarkan maklumat dalam portal rasmi MyKasih dan dikongsikan untuk memudahkan carian orang ramai berkaitan Bantuan SARA Bulanan. Namun, pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca atau tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment