SARA BUJANG 2026 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN DI DALAM IC
Bantuan SARA Bujang 2026 (Sumbangan Asas Rahmah) merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan bujang, janda, duda, dan balu tanpa anak di Malaysia menangani kos sara hidup. Seramai lebih 3.1 juta penerima kategori bujang disahkan layak menerima bantuan tunai tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan secara bulanan terus ke dalam MyKad (IC).
Bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang maklumat penting, artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai syarat kelayakan, jumlah bayaran, jadual tarikh pengkreditan, dan cara semak status kelulusan SARA Bujang 2026.
ARTIKEL BERKAITAN : SENARAI BARANGAN MYKASIH TERKINI 2026
RINGKAS PENGENALAN SARA BUJANG
| PERKARA | MAKLUMAT RINGKAS |
|---|---|
| Nama Bantuan | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Kategori Penerima | Bujang / Janda / Duda / Balu (Tiada anak) |
| Kadar Bantuan | RM50 – RM100 sebulan |
| Kaedah Bayaran | Saluran tanpa tunai (cashless) dalam Kad Pengenalan (MyKad) |
| Portal Semakan | Portal rasmi MyKasih |
SYARAT KELAYAKAN SARA BUJANG
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan Bantuan SARA untuk kategori bujang :
- Warganegara :
- Malaysia.
- Had Umur :
- 21 hingga 59 tahun / OKU 19 tahun ke atas.
- Status Perkahwinan :
- Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak).
- Kadar Pendapatan :
- Tidak melebihi RM2,500 sebulan; atau
- Bawah garis kemiskinan semasa (tersenarai dalam data eKasih)
- Status STR :
- Lulus permohonan STR 2026.
JUMLAH BAYARAN SARA BUJANG
Bantuan SARA akan dibayar kepada kategori bujang dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN SETIAP BULAN | JUMLAH BAYARAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM100 | RM1,200 |
| Bujang Asas Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 2026
Bermula 15 Januari 2026, semua individu bujang / balu / duda / janda (tiada anak) boleh membuat semakan status untuk tahu kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA. Ikuti cara semakan status yang lengkap di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SARA MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layar Portal Rasmi SARA MyKasih dengan klik pautan di atas.
- Halaman utama Portal SARA MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad anda pada ruang kosong itu.
- *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [Verify as human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan Bujang sebagai penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BUJANG TERIMA SARA 2026
Semua kategori termasuk Bujang akan terima bayaran Bantuan SARA melalui satu (1) cara yang sama iaitu dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui :
- Kad Pengenalan (IC).
TARIKH BAYARAN SARA BUJANG 2026
Individu bujang yang disahkan ‘Layak’ akan terima bayaran Bantuan SARA mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN SARA (BUJANG) |
|---|---|
| 1. | 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA BUJANG
- Adakah penerima bujang perlu memohon semula SARA 2026?
- Tidak perlu. Kelayakan SARA dibaca secara automatik daripada pangkalan data permohonan STR 2026 yang telah diluluskan.
- Adakah elaun SARA Bujang 2026 boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak. Elaun ini khusus untuk pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai menggunakan MyKad di premis terpilih sahaja.
- Apa yang berlaku sekiranya baki bulanan tidak dihabiskan?
- Baki elaun SARA yang tidak dihabiskan pada bulan berkenaan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sepanjang tahun 2026.
RUJUKAN LANJUT SARA
Maklumat dalam artikel ini ditulis berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi MyKasih. Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA. Anda boleh buat rujukan melalui :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]