PERMOHONAN BANTUAN SARA (MOHON ONLINE 2025)
Untuk makluman anda, semasa Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Inisiatif bantuan ini bakal disalurkan kepada sembilan juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa di negara kita.
Bagaimanakah permohonan bantuan sara 2025? Ikuti info lanjut di sini.
Baca juga : PERMOHONAN STR (MOHON ONLINE)
APA ITU BANTUAN SARA
SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih 2025.
Bagi STR 2025 untuk kategori isi rumah akan meningkat kepada 4.1 juta penerima berbanding penerima berbanding 700,000 pada 2024. Penerima juga akan menerima SARA RM100 sebulan menerusi MyKad mulai April 2025 untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
SYARAT KELAYAKAN
Status kelayakan pemohon bagi Bantuan sara seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Program SARA 2025 bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
PERMOHONAN BANTUAN SARA
Panduan lengkap cara permohonan bantuan sara 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi.
- Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
- Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah : i. Berpasangan; atau ii. Ibubapa tunggal yang mempunyai anak. | RM900 |
Warga Emas tiada pasangan | RM450 |
Bujang | – |
RUJUKAN
Sebarang soalan ataupun pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotline BKK Hasil: 1-800-88-2747
e-Mel: [email protected].
Kenapa belum dapat mykasih danbila
Assalamualaikum wbt nak tanya mcmana nak cliem sara tahun lepas yg Rm300 One off ya?sbb baru dapat sara tahun ni..terima kasih
Nak tanya bantuan sara saya belum dapat
2
Boleh kasi direct link untuk daftar bantuan Sara hidup?