BAGAIMANAKAH SEMAK STATUS BAYARAN SARA BUKAN EKASIH : ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Berita Terkini! Penyaluran bayaran bantuan SARA one-off telah dilaksanakan, namun begitu masih ramai yang tidak tahu cara semakan status kemasukan bayaran ini.
Berikut disertakan maklumat lengkap mengenai cara semakan kemasukan bayaran, dan info penting mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off untuk rujukan anda.
Bagaimanakah semak status bayaran sara bukan ekasih (sara one-off 2024)? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca juga: CARA SEMAK KELULUSAN SARA ONE OFF 2024 RM300/RM150 (BUKAN EKASIH)
APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off ialah BANTUAN KHAS oleh Kerajaan Madani kepada semua penerima bantuan STR 2024 (berstatus BUKAN Miskin/Miskin Tegar).
Bantuan ini tidak memerlukan permohonan kerana ini merupakan bantuan tambahan/lanjutan kepada penerima bantuan STR 2024 (penerima Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4), dimana penerima STR 2024, akan secara automatik akan menerima bantuan ini.
Bantuan akan diagihkan sebanyak RM300/RM150 mengikut kategori kelayakan masing-masing, mengikut kaedah penyaluran bantuan STR iaitu secara TUNAI kedalam akaun bank penerima mengikut maklumat pendaftaran di MySTR.
SARA ONE OFF ini BERBEZA dengan SARA MyKasih (Miskin/Miskin Tegar eKasih) dimana bantuan tersebut diagihkan secara TANPA tunai iaitu melalui kaedah pengkreditan kedalam MyKad (secara bulanan) untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di Kedai Runcit MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan merupakan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
- Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
CARA PERMOHON BAYARAN SARA BUKAN EKASIH (ONE OFF)
Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang bukan dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Ini bermakna, semua penerima STR 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
Bagi semakan status pembayaran dan kelulusan bantuan SARA one off, anda boleh menggunakan kaedah semakan yang sama seperti untuk STR.
TARIKH SEMAK STATUS KEMASUKAN BAYARAN SARA ONE OFF
Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin). Pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat, semakan kelayakan status dan pembayaran boleh mula disemak mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.
CARA SEMAK STATUS BAYARAN SARA BUKAN EKASIH (SARA ONE OFF)
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
KADAR BAYARAN SARA BUKAN EKASIH (SARA ONE OFF)
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan / bujang (60 tahun keatas) | RM 150 |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 150 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :
- Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. - Bagi penerima tanpa akaun bank :
Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Kenapa kami satu family tak dapat bantuan sara ? 1family mesti ada sorg yang dapat sara ni tkda …
Kenapa saya tak layak
Kenapa saya tak dapat str tambahan