CARA SEMAK KELULUSAN SARA 2026 RM100/RM50 (BUKAN EKASIH)
Semakan status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak dengan mudah melalui Portal Rasmi SARA secara online untuk mengetahui sama ada layak atau tidak menerima elaun bulanan SARA.
Bagaimanakah cara semak kelulusan sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELULUSAN SARA
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan SARA 2026, mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
TEMPOH PELAKSANAAN SARA 2026
Elaun bulanan Bantuan SARA akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | TEMPOH BANTUAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) Boleh digunakan oleh penerima untuk menebus barang asas yang diluluskan di bawah Program SARA | 12 Bulan (Januari – Disember) | 31 Disember 2026 |
AMAUN SARA SETIAP BULAN
Jumlah Bantuan SARA 2026, akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAK JADUAL BAYARAN SARA
Bantuan SARA akan dilaksanakan dalam tempoh masa berikut :
| TARIKH BAYARAN | KATEGORI PENERIMA |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan |
| 16 Januari 2026 | Bujang |
| 1 Februari 2026 | Semua |
| 1 Mac 2026 | Semua |
| 1 April 2026 | Semua |
| 1 Mei 2026 | Semua |
| 1 Jun 2026 | Semua |
| 1 Julai 2026 | Semua |
| 1 Ogos 2026 | Semua |
| 1 September 2026 | Semua |
| 1 Oktober 2026 | Semua |
| 1 November 2026 | Semua |
| 1 Disember 2026 | Semua |
SEMAK STATUS KELULUSAN SARA
Status Kelayakan Bantuan Asas Rahmah 2026 boleh di semak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semakan status di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi mySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semakan Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026