SEMAK PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Sebahagian daripada 8 juta penerima telahpun mula menerima bayaran Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dengan nilai antara RM300 dan RM150 secara one-off (sekaligus). Namun masih ada sebahagian penerima yang belum menerima bayaran SARA.
Bagaimanakah semak penerima bayaran sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF (RM300/RM150)
SEMAK PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Bagi yang belum menerima bayaran SARA, ikuti cara semakan untuk mengetahui status bayaran SARA secara one off seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
KADAR PERUNTUKAN BAYARAN SARA ONE OFF
Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) akan melibatkan kadar peruntukan keseluruhan sehingga RM1.7 billion untuk manfaat seramai 8 juta rakyat dewasa di Malaysia merangkumi 40 peratus (%) golongan berkeluarga dan 60 peratus (%) golongan bujang.
GOLONGAN | JUMLAH PENERIMA | KADAR PERUNTUKAN |
---|---|---|
Berkeluarga | 3.5 juta | RN1.0 billion |
Bujang | 4.5 juta | RM0.7 billion |
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Jumlah pembayaran Bantuan SARA secara one-off adalah bergantung kepada kelayakan penerima iaitu golongan berkeluarga dan golongan bujang masing-masing akan menerima jumlah yang berbeza seperti berikut :
GOLONGAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Berkeluarga | RM300 |
Bujang | RM150 |
CARA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Terdapat dua (2) cara pembayaran Bantuan SARA secara one-off, iaitu melalui :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Penerima Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Alamat E-mel : [email protected]
- https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.