SARA SEMAKAN BAYARAN SETIAP BULAN 2026

SARA SEMAKAN BAYARAN SETIAP BULAN 2026

Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dikreditkan setiap bulan termasuk bulan Ogos ini telah dikreditkan kepada 8.1 juta penerima sedia ada dan baharu yang layak. Namun, hanya sebahagian penerima sahaja yang telah menggunakannya.

Bagaimanakah semakan bayaran SARA setiap bulan? Rujuk panduan dan penjelasan di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN SYUKUR SABAH – TARIKH, JUMLAH & KAEDAH PEMBAYARAN FASA 2 2026

BILANGAN PENERIMA SARA

Bagi tahun 2026, skim Bantuan SARA telah diperluaskan kepada 8.1 juta penerima sedia ada dan baharu di seluruh negara. Agihan penerima merangkumi tiga kategori utama seperti jadual di bawah :

KATEGORI PENERIMABILANGAN
Isi Rumah
(B40 & M40)
3.7 juta penerima
Warga Emas
(B40 & M40)
1.3 juta penerima
Bujang
(B40 & M40)
3.1 juta penerima

CARA BAYARAN SARA

Hanya satu (1) sahaja cara bayaran Bantuan SARA dilaksanakan, iaitu melalui :

KATEGORI PENERIMACARA BAYARAN
Isi Rumah,
Warga Emas
dan
Bujang
Bayaran secara tanpa tunai (cashless)
dikreditkan menerusi Kad Pengenalan
dan hanya boleh digunakan untuk
beli barang keperluan asas
di kedai-kedai terpilih
*Penerima tidak boleh buat pengeluaran tunai mahupun membeli barang bukan keperluan asas yang diluluskan.

JUMLAH BAYARAN SARA

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA setiap bulan mengikut kategori penerima :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi Rumah B40RM200 setiap bulan
Isi Rumah M40RM100 setiap bulan
Warga Emas B40RM150 setiap bulan
Warga Emas M40RM50 setiap bulan
Bujang B40RM100 setiap bulan
Bujang M40RM50 setiap bulan

TARIKH BAYARAN SARA

Pembayaran Bantuan SARA dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.9 – 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

SARA SEMAKAN BAYARAN

Status kelayakan penerima dan status bayaran Bantuan SARA setiap bulan boleh disemak mengikut cara seperti berikut :

LAMAN WEB RASMIPAUTAN
SARA
(Sumbangan Asas Rahmah)
https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/
  1. Sila klik pada pautan yang tertera di atas 👆.
  2. Anda akan dibawa ke Laman web rasmi SARA.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  4. Klik pada butang [Semak Kelayakan SARA].
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  6. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan dan bayaran SARA akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA

  1. Bagaimana jika baki bayaran SARA bulan lepas tidak dihabiskan?
    • Baki elaun SARA yang tidak dihabiskan pada bulan tersebut akan dibawa ke bulan seterusnya (carry forward) dan boleh digunakan sehingga tarikh tamat tempoh program.
  2. Di manakah barangan keperluan SARA boleh dibeli?
    • Penerima boleh menggunakan MyKad di kedai runcit dan pasar raya rakan niaga MyKasih yang berdaftar seperti Mydin, Econsave, Giant, Lotus’s, Speedmart 99, dan kedai terpilih lain.
  3. Mengapa status SARA semakan bayaran menunjukkan “Tidak Layak”?
    • Status tidak layak mungkin disebabkan oleh data pendapatan yang melebihi syarat kelayakan semasa atau rekod permohonan STR yang tidak lengkap.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Penafian Penulis:
Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat dan panduan umum pengguna. Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi, perbankan, atau mengenakan sebarang bayaran. Segala semakan hendaklah dilakukan menerusi portal rasmi kerajaan dan MyKasih
.

Leave a Comment