BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Sumbangan Asas Rahmah dikenali sebagai bantuan tambahan oleh Perdana Menteri ke-10 iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak Jun 2023 yang bertujuan untuk membantu mengangkat ekonomi rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan berpendapatan sederhana.
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah diteruskan lagi pada tahun 2024 dan 2025 dengan penambahbaikan dan peningkatan peruntukan supaya lebih ramai rakyat yang dapat menikmatinya.
Bagaimanakah bayaran sumbangan asas rahmah oneoff? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah secara one-off (sekaligus) adalah bergantung kepada penerima itu sendiri bagaimana cara pembayaran yang ingin diterima iaitu sama ada secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau perlu menunggu bantuan dikreditkan ke dalam akaun bank.
- Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
- Secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima :
- Bagi penerima yang telah mendaftarkan nombor akaun bank semasa permohonan Sumbangan Tunai Rahmah.
TARIKH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Seperti yang sedia maklum, tarikh pembayaran Sumbangan Asas Rahmah secara one-off adalah bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dan daripada tarikh tersebut, bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berperingkat kemungkinan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) bekerja (tertakluk kepada jenis bank penerima).
MASA SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF DIKREDITKAN
Berikut merupakan masa pembayaran Sumbangan Asas Rahmah dikreditkan ke dalam akaun bank penerima :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam;
- Lain-lain Bank : Selepas 10 malam.
SEMAKAN PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Untuk mengetahui status pembayaran Sumbangan Asas Rahmah yang akan diterima, ikuti panduan semakan di bawah :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
Assalamualaikum nama sy Pn Junaidah Binti Harun umur sy 44 thn seorang Suri rumah semakan sumbangan asas ruamah one off RM 300 adakah sy layak