TERBARU TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024 : SEMAKAN
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan penerima Bantuan MySTR berkaitan tarikh bayaran Bantuan MySTR Fasa empat (4) semasa Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Bagaimanakah semak tarikh rasmi bayaran bantuan mystr fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 : SEMAK STATUS SEKARANG
TERBARU TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) juga telahpun mengeluarkan jadual bayaran Bantuan MySTR Fasa empat (4) yang secara rasminya akan dibayar kepada semua penerima bermula pada 07 November 2024 (Khamis) ini secara berperingkat seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada : Bermula 07 November 2024 (Khamis);
- Penerima Baharu / Rayuan : Bermula 07 November 2024 (Khamis);
- Pedalaman Sabah & Sarawak : Bermula 07 November 2024 (Khamis).
KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024
Secara lazimnya, pembayaran Bantuan MySTR Fasa empat (4) juga sama seperti sebelumnya iaitu melalui kaedah seperti berikut :
- Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional : Pada 07 November 2024 (Khamis); atau
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima : Bermula 07 November 2024 (Khamis) secara berperingkat.
*Hanya penerima yang ‘Tiada Maklumat Perbankan’ atau status ‘Gagal Kredit’ akan menerima bayaran secara tunai di BSN.
MASA BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024
Bermula pada tarikh 07 November 2024 (Khamis), Bantuan MySTR Fasa empat (4) akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut masa tertentu seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Bagaimanapun bayaran Bantuan MySTR adalah secara berperingkat dan akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
SEMAKAN RASMI BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024
Untuk mengetahui jumlah serta status bayaran Bantuan MySTR Fasa empat (4), sila semak pada pautan rasmi di bawah :
- Layari pautan laman rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR 2024 akan dipaparkan.
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pada halaman seterusnya, klik butang [Semak].
- ‘Frasa Keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
- Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran MySTR fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.