CHECK BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Seramai hampir 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia layak menerima Bantuan Tunai STR termasuk juga rakyat yang berstatus bujang atau balu atau duda janda (yang tiada anak), malah bilangan penerima yang berstatus bujang semakin bertambah setiap fasa, oleh kerana permohonan baharu dan rayuan telah diluluskan.
Bagaimanakah check bantuan tunai str bujang fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 4 : SEMAK STATUS SEKARANG
CHECK BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024
Golongan Bujang boleh membuat semakan status Bantuan Tunai STR fasa empat (4) pada pautan rasmi seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan‘ tanpa tanda sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa Keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima Bujang akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024
Berikut merupakan jumlah penerima Bantuan Tunai STR berstatus bujang setiap fasa :
FASA BAYARAN | JUMLAH PENERIMA STR BUJANG 2024 |
---|---|
Pertama (1) | 3.1 juta penerima |
Kedua (2) | 3.3 juta penerima |
Ketiga (3) | 3.3 juta penerima |
Keempat (4) | 3.4 juta penerima |
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024
Bantuan Tunai STR fasa keempat (4) akan mula dibayar kepada semua kategori termasuk bujang bermula pada 07 November 2024 (Khamis) ini secara berperingkat melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | 07 November 2024 (Khamis) |
Dalam akaun bank yang didaftarkan | Bermula 07 November 2024 (Khamis) secara berperingkat |
AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR BUJANG FASA 4 2024
Penerima sedia ada yang berstatus bujang / balu / duda / janda tiada anak akan menerima amaun bayaran Bantuan Tunai STR fasa keempat (4) seperti berikut :
FASA BAYARAN | AMAUN BANTUAN TUNAI STR BUJANG 2024 |
---|---|
Pertama (1) | RM100 |
Kedua (2) | RM100 |
Ketiga (3) | RM50 |
Keempat (4) | RM100 |
= RM350 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.