STR 2026 FASA 3 : CARA MOHON & SEMAK KELAYAKAN
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan memasuki pembayaran FASA 3 dan akan mula dikreditkan kepada penerima yang layak tidak lama lagi mengikut tarikh yang dijadualkan dengan amaun mengikut kelayakan masing-masing.
Berikut adalah panduan lengkap mengenai STR 2026 Fasa 3, merangkumi kadar bayaran, syarat kelayakan, serta langkah demi langkah membuat semakan status online.
Baca juga: CARA CHECK MYKASIH ONLINE : SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH (SARA BULANAN) 2026
TARIKH AKHIR PERMOHONAN BAHARU & RAYUAN STR FASA 3
Bagi pemohon baharu atau mereka yang ingin membuat rayuan status STR 2026 Fasa 3, sila ambil perhatian terhadap tarikh penutupan rasmi berikut :
| JENIS PERMOHONAN | TARIKH AKHIR PERMOHONAN |
|---|---|
| Permohonan Baharu & Rayuan STR FASA 3 2026 | 15 Jun 2026, Isnin |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026 FASA 3
Bagi memastikan permohonan anda diluluskan, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan mengikut kategori berikut :
- Kategori Isi Rumah
- Status Perkahwinan : Berkahwin (ada atau tiada anak); ATAU
- Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
- Had Umur: Tiada had umur.
- Pendapatan Bulanan: RM5,000 dan ke bawah.
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan
- Status : Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tiada anak);
- Had Umur : 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Bulanan: RM5,000 dan ke bawah;
- Kategori Bujang
- Status : Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tiada anak);
- Had Umur : 21 hingga 59 tahun (atau 19 hingga 59 tahun bagi golongan OKU);
- Pendapatan Bulanan: RM2,500 dan ke bawah;
- Syarat Tambahan: Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
JUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 3
Jumlah agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 2026 ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SETAHUN |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SETAHUN |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan (Bujang) (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SETAHUN |
|---|---|
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran akan disalurkan menerima Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
JADUAL & TARIKH KEMASUKAN BAYARAN STR 2026
Pembayaran bantuan STR disalurkan secara berfasa sepanjang tahun :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN | STATUS |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 | Selesai |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 | Selesai |
| Fasa 3 | Akan dikemaskini | Rayuan akan dibuka |
| Fasa 4 | Akan dikemaskini | – |
CARA MOHON STR 2026 FASA 3 SECARA ONLINE
Panduan lengkap cara permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pilih Permohonan Baharu : Pada halaman utama, klik butang Permohonan Baharu.
- Pilih Mod Pengesahan : Klik Ya, Teruskan untuk meneruskan permohonan tanpa MyDigital ID.
- Semakan Nombor MyKad : Isikan Nombor Kad Pengenalan anda dan tekan Semak.
- Lengkapkan Maklumat Peribadi: Isikan Alamat e-mel, Nombor Telefon, Maklumat Pekerjaan, Pendapatan Kasar Bulanan, serta Nombor Akaun Bank yang aktif.
- Isi Maklumat Pasangan & Anak (Jika Ada) : Masukkan butiran lengkap maklumat pasangan dan anak tanggungan.
- Muat Naik Dokumen Sokongan : Lampirkan salinan dokumen yang diperlukan.
- Pengesahan Captcha & Hantar : Isikan kod Captcha dengan betul, kemudian klik Hantar.
- Cetak Resit Permohonan : Simpan atau cetak salinan permohonan sebagai rujukan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026 FASA 3
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal MySTR :
- Pastikan anda berada di pautan rasmi LHDNM
- Buka penyemak imbas dan pergi ke https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log Masuk Akaun :
- Gunakan No. MyKad dan kata laluan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan, sahkan Kata Kunci Keselamatan, dan masukkan Kata Laluan anda.
- Semak Semakan Permohonan :
- Lihat paparan dashboard MySTR.
- Setelah berjaya log masuk, klik pada menu Semakan Permohonan untuk melihat status STR 2026 Fasa 3 anda.
KAEDAH TERIMA BAYARAN STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
SOALAN (FAQ) STR 2026 FASA 3
- Bilakah tarikh tutup permohonan STR 2026 Fasa 3?
- Permohonan baharu dan rayuan dibuka sehingga 15 Jun 2026.
- Bagaimana jika akaun bank saya tidak aktif?
- Bayaran akan diproses secara penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat selepas status Gagal Kredit dipaparkan dalam sistem.
- Di manakah saya boleh hubungi pihak berwajib untuk pertanyaan lanjut?
- Hotline BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my
PENAFIAN
Maklumat yang dipaparkan di sini adalah bertujuan untuk perkongsian info dan panduan umum sahaja. Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi atau mengenakan sebarang caj. Untuk maklumat rasmi, sila rujuk portal terbitan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).