CARA CHECK MYKASIH ONLINE : SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH (SARA BULANAN) 2026

CARA CHECK MYKASIH ONLINE : SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH (SARA BULANAN) 2026

Pelaksanaan program MyKasih dapat membantu memastikan keperluan asas golongan yang memerlukan mencukupi dengan elaun bulanan yang diberikan untuk mendapatkan lebih 140,000 barangan asas yang diluluskan.

Bagaimanakah cara check mykasih online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA CHECK STATUS MYKASIH 2026 : SEMAKAN SARA BULANAN

CHECK JUMLAH DUIT BULANAN MYKASIH

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
(PENERIMA EKASIH)
KADAR BANTUAN
(BUKAN PENERIMA EKASIH)
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

CARA CHECK STATUS MYKASIH ONLINE

Semakan status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
Status Layak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

CHECK TEMPOH SAH GUNA MYKASIH 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak mengikut tarikh dan jadual berikut :

TARIKH BAYARAN BULANANTARIKH LUPUT/AKHIRKAEDAH BAYARAN
9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas
16 Januari 2026 – Bujang
1 Februari 2026 – Semua
1 Mac 2026 – Semua
1 April 2026 – Semua
1 Mei 2026 – Semua
1 Jun 2026 – Semua
1 Julai 2026 – Semua
1 Ogos 2026 – Semua
1 September 2026 – Semua
1 Oktober 2026 – Semua
1 November 2026 – Semua
1 Disember 2026 – Semua
31 Disember 2026MyKad (Kad Pengenalan)

CHECK CARA MENDAPATKAN BARANG MYKASIH

Penerima yang menerima bantuan bulanan melalui MyKad boleh menggunakannya untuk membeli barangan runcit/ keperluan asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh Malaysia menggunakan MyKad.

Penerima yang belum mengetahui cara mendapatkan barang MyKasih, boleh ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Antara kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program MyKasih ialah Mydin, Lotus’s, Econsave, TF Value Mart, 99 Speedmart (terpilih), Billion, Giant. Senarai penuh barangan asas dan kedai berdaftar boleh semak di https://sara.gov.my/

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment