CEK STATUS BAYARAN STR FASA 3 2026 : TARIKH & JUMLAH
Adakah anda menantikan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah seterusnya? Proses cek status bayaran STR Fasa 3 2026 kini boleh dilakukan secara terus melalui portal rasmi MySTR. Dijangkakan lebih daripada 5.2 juta penerima kategori isi rumah dan bujang bakal menerima pengkreditan fasa ini.
Bagi memastikan anda tidak ketinggalan, artikel ini menyediakan panduan bergambar yang lengkap, semakan jadual tarikh bayaran, serta jumlah kredit yang akan diterima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
BACA JUGA : CHECK BAYARAN SARA JUN 2026 – LAYAK ATAU TIDAK
CARA CEK STATUS BAYARAN STR FASA 3 2026
Untuk membuat semakan status kelayakan dan kelulusan pengkreditan fasa ke-3, sila ikuti langkah-langkah ringkas di bawah :
- Layari Portal Rasmi MySTR : [https://bantuantunai.hasil.gov.my/].
- Pada halaman utama, klik pada butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) anda dan klik [Semak].
- Disahkan Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan. Jika betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan akaun MySTR anda. Kemudian klik [Log Masuk].
- Apabila berjaya masuk ke dashboard, klik menu [Semakan Permohonan].
- Status permohonan dan perincian bayaran STR Fasa 3 2026 anda akan dipaparkan.
** Pastikan anda menggunakan pelayar (browser) versi terkini seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox untuk mengelakkan gangguan terknikal semasa log masuk.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026
Pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menetapkan pengkreditan bayaran dibuat secara berperingkat. Berikut adalah jadual jangkaan tarikh pembayaran :
| KATEGORI PENERIMA | STATUS PERMOHONAN | JANGKAAN TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Penerima sedia ada | Diluluskan | Ogos 2026 (Sebelum Hari Kebangsaan) |
| Penerima baharu | Diluluskan | Ogos 2026 (Secara Berperingkat) |
KADAR BAYARAN STR FASA 3 2026
Berapakah kadar jumlah tunai yang akan diterima bagi fasa 3? Kadar agihan adalah berbeza mengikut kategori pendapatan dan bilangan tanggungan anak :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Pendapatan ≤ RM2,500) | RM150 hingga RM650 (tertakluk bilangan anak) |
| Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 hingga RM350 (tertakluk bilangan anak) |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
| Bujang (21 – 59 tahun) | – |
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 3 2026
Proses pembayaran agihan kewangan ini akan dilaksanakan menerusi dua (2) saluran utama, iaitu :
| SALURAN BAYARAN | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Akaun Bank (Kredit Direct) | Dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan dalam sistem MySTR (seperti Maybank, CIMB, BSN, dll) |
| Tunai di kaunter BSN | Khusus bagi penerima yang tiada akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit. Penerima perlu membawa Kad Pengenalan asas ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
SOALAN LAZIM
- Bilakah saya boleh cek status bayaran STR Fasa 3 2026?
- Anda boleh membuat semakan status pada bila-bila masa menerusi portal rasmi MySTR LHDNM bermula bulan Ogos 2026.
- Apa perlu buat jika status menunjukkan “Gagal Kredit”?
- Jika status anda “Gagal Kredit”, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan BSN berdekatan dengan membawa kad pengenalan untuk penebusan tunai secara terus di kaunter.
- Dimanakah saya boleh menghubungi pihak berkuasa jika ada masalah log masuk?
- Anda boleh menghubungi Talian Hotline STR Hasil di : 1800-88-2747 atau Talian MOF di : 03-8882 4565 / 4566.
RUJUKAN & INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- E-mel Rasmi STR : [email protected]
*Penafian : Maklumat di atas disusun berdasarkan pengumuman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi tujuan memudahkan carian awam.